Sunday 14 June 2015

DTX Complex - Tonik Hati



 DTX Complex khas untuk membantu pesakit hati dan hepatitis

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati merupakan organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Sebab itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.
Antara fungsi hati adalah:

  •  Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
  • Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Penting untuk metabolisma lemak

Kelebihan DTX Complex Shaklee



DTX adalah suplemen yang dapat membantu menghasilkan protein yang membantu dalam proses regenerasi sel hati dan mengekalkan pengaliran hempedu yang normal.

DTX Complex dihasilkan daripada :

1. Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
2. Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah  sembelit
4. Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan
5.Reishi mushroom (Ling Zhi) - membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung
6. Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

Gejala-gejala yang ada pada mereka yang mempunyai masalah hati:

  •  Keletihan melampau
  • Mata menjadi kuning
  • Air kencing berwarna gelap
  • Rasa loya dan muntah-muntah tanpa sebab
  • Hilang selera makan
  • Kulit mengalami gatal/kemerahan
  • Perut membesar-disebabkan hempedu tidak dapat menghadamkan lemak dan kolestrol
  • Najis berwarna pucat seperti tanah liat
Apakah hepatitis ?
Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.
Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
·         Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
·         Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
·         Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.

Golongan yang berisiko mengidap penyakit hati (Hepatitis A) ialah:

  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
  • Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
  • Hubungan seks sesama lelaki.

Penyakit hepatitis B adalah yang paling banyak dialami di Malaysia. Ia boleh merebak melalui cecair tubuh seperti darah atau air mani.

Mereka yang berisiko mengidap penyakit Hepatitis B ialah:

  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.

Penyakit hepatitis C pula agak jarang berlaku di Malaysia. Ia lebih kurang sama dengan cara merebaknya hepatitis B iaitu melalui darah dan air mani. Walaubagaimanapun, mereka yang berisiko mengidap penyakit hepatitis C ialah:

  • Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
  • Bayi yang dilahirkan dari ibu yang dijangkiti tetapi risiko untuk dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)

Penyakit Batu Karang Hempedu
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit melakukan aktiviti seharian.
Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?
Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu
Hati Berlemak
Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati
a.       pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
b.      dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
c.       juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
d.      akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.


Feiza Aziz


ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 




No comments:

Post a Comment