Tuesday, 4 July 2017

Penawar Migrain Yang Paling Berkesan

Migrain…oh…migraine.

Jom kita sambung semula cerita tentang migraine, doa yang boleh diamalkan dan suplemen yang boleh diambil untuk kurangkan kesakitan akibat migraine.




Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos ubat yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat?

Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.

Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
B Complex

B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik daripada makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Selain itu, penghidap migraine juga boleh amalkan doa ini.


Baca doa ini, hembus pada tangan kanan dan sapukan ke kepala.

InsyaAllah, kita ikhtiar untuk kesihatan. Allah yang menyembuhkannya.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Saturday, 1 July 2017

Kekurangan Magnesium Antara Punca Migrain

Migrain adalah sakit kepala yang amat teruk dan menyakitkan, didahului dengan tanda amaran deria seperti flash light (kupu kupu cahaya), blind spot (titik hitam yg terawang awang) , rasa mencucuk pada tangan dan kaki, loya, rasa ingin muntah, dan sensitif kepada cahaya dan bunyi. Kesakitan migrain ni boleh berlaku selama berjam jam atau beberapa hari.


Sakit kepala migrain berpunca daripada pembesaran saluran darah dan bahan kimia yg terhasil daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa sakit kepala, arteri temporal yg terletak di bawah kulit tengkorak membesar. Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri.


Apa yang menyebabkan migrain?

Antara penyebab migraine adalah :
·         Alahan dan Allergic 
·         Alah dgn lampu terang, bunyi kuat, dan bau tertentu atau minyak wangi 
·         Tekanan fizikal atau emosi (Stress/ Depression)
·         Tidur tidak teratur
·         Merokok 
·         Skip makanan atau berpuasa 
·         Pengambilan Alkohol 
·         Simptom Prahaid, Menopouse 
·         Ketegangan sakit kepala 
·         Pengambilan makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, pokok ara, dan beberapa biji), monosodium glutamat (MSG), atau nitrat (seperti daging khinzir, sosej, salami )

Tubuh kita memerlukan beberapa vitamin dan mineral untuk mengekalkan sistem saraf kita. Sistem saraflah yang bertanggungjawab kepada terjadinya sakit kepala atau migrain. Mengikut kajian, Riboflavin dan B-6, beserta dengan vitamin D and magnesium, dapat mengurangkan kekerapan berlakunya migrain.

Riboflavin
Riboflavin atau vitamin B-2 adalah salah satu vitamin daripada lapan vitamin B-complex.
Menurut kajian, riboflavin dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan ianya juga membantu mengekalkan kesihatan sistem saraf.

Dengan pengambilan 400 milligrams setiap hari, Riboflavin dapat mengurangkan kekerapan dan jangkamasa migrain sebanyak 1.5 pengurangan.

Namun, kajian masih lagi dibuat mengenai bagaimana Riboflavin membantu menghilangkan migrain.

Vitamin B-6
Tubuh badan memerlukan vitamin B-6 or pyridoxine untuk membentuk neurotransmitters serotonin and norepinephrine.

Ia juga memelihara kesihatan 'myelin sheath' iaitu satu lapisan yang melindungi sistem saraf kita.
Mereka yang selalu mengalami Migraine selalunya mempunyai neurotransmitters pada level yang rendah. Kekurangan ini dapat dibaiki dengan pengambilan tambahan B-6.

Kerosakan pada 'myelin sheath' and saraf yang disebabkan oleh kekurangan B-6 deficiency boleh menyebabkan sakit kepala.

Oleh sebab itu mengambil supplement B-6 dapat membantu mengurangkan sakit kepala.

Vitamin D
Menurut the American Headache Society, lebih kurang 40% daripada mereka yang mengalami migraine yang teruk telah menunjukkan kekurangan vitamin D dalam tubuh badan mereka.

Vitamin D merupakan satu vitamin yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila cahaya matahari menembusi kulit kita.
Dalam kajian mereka, didapati pengambilan supplemen vitamin D telah menunjukkan respon yang positif. Supplemen ini juga tidak menyebabkan kesan-kesan negatif.

Vitamin ini tidaklah efektif sangat dalam mengurangkan kesakitan migrain tetapi ianya serba sedikit dapat membantu.

Magnesium
Magnesium, adalah sejenis mineral yang mempunyai pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita.
Ini termasuklah membantu dalam proses impuls saraf. Pengidap migrain secara tipikal mempunyai level magnesium pada sel yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalami masalah migrain.

Oleh yang demikian, dengan meningkatkan pengambilan magnesium dapat mengurangkan migrain. Pengambilan Magnesium sebanyak 600 milligrams sehari dapat membantu.

Shaklee juga menyediakan SET MIGRAIN SHAKLEE  yang boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan.

Bagaimana nak dapatkan set ni?

Boleh terus hubungi kak ja untuk konsultasi seterusnya secara PERCUMA.

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, 11 June 2017

Set Anemia Shaklee

Ok, entry yang lepas kak ja dah share secara details tentang penyakit anemia kan?

So, harini kak ja nak cerita plak suplemen Shaklee yang boleh diambil untuk mengatasi masalah HB low ni.


Selain ambil makanan yang boleh tingkatkan hemoglobin seperti daging, telur, keju, yogurt, mentega dan susu, korang boleh juga ambil set di bawah ni.



Vitalea iron formula:
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel .

Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Jadi, pada ibu2 hamil atau korang yang ada masalah Hb low, boleh dapatkan set ni dari kak ja.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Friday, 9 June 2017

Wanita Berisiko Menghidap Anemia


Assalamualaikum uolss…

Lama bebenor kak ja tak update blog kan. Hanyut betul dibuatnya. Hahaha…

Ha..ni dah timbul ni, kak ja nak share tentang anemia. Sebut je tentang anemia, mesti ramai ibu2 mengandung yang alami masalah ni kan? So, meh kita pahamkan apa itu anemia, bagaimana ia boleh berlaku, dan apa rawatan yang boleh diambil.



Apa itu anemia?
Penyakit anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah aras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantar ke seluruh bahagian tubuh.

Tapi, bila kita menghidap anemia, tubuh badan kita tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Maka dengan itu, kita tak dapat bekalan oksigen yang cukup dan akibatnya kita akan berasa penat.

Seseorang individu dikenal pasti menghidap anemia apabila bacaan hemoglobin (Hb) tak sampai 13.5 G/DL (lelaki), manakala bagi perempuan, bacaan hemoglobin kurang 11.5 G/DL.



Apa Punca Anemia?

Punca utama anemia disebabkan kekurangan zat besi.

Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara berlebihan (hemolisis) atau pembentukan sel darah merah yang tak berkesan (hematopoiesis), pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS.
Selain itu, penyakit kurang darah juga dipengaruhi oleh :
1.      Faktor keturunan
2.      Kekurangan pengambilan suplemen kesihatan.
3.      Penyakit dan gangguan usus serta operasi yang berkaitan dengan usus kecil.
4.      Pendarahan haid yang berlebihan.
5.      Kehamilan.
6.      Penyakit kronik seperti kanser dan kegagalan buah pinggang.

Penghidap anemia biasanya mudah berasa penat bila melakukan aktiviti walaupun dalam tempoh yang singkat. Ini sebab badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Namun begitu, bila anemia bertambah nuruk, badan boleh mengalami perubahan fizikal ketara seperti kulit pucat, kuku rapuh, dan luka pendarahan ambil masa lama untuk berhenti.

Gejala lain yang berkaitan anemia termasuk :
·         Sesak nafas.
·         Mudah marah.
·         Lesu.
·         Pening.
·         Tangan dan kaki sejuk.
·         Denyutan jantung cepat atau tak teratur.
·         Tak berupaya tumpukan perhatian atau berfikir dengan jelas.
·         Sakit dada.
·         Lemah tenaga batin.
                                                                                         
Tau tak. Wanita lebih berisiko menghidap anemia.

Wanita yang berada dalam umur reproduktif berisiko tinggi kekurangan zat besi kerana kehilangan darah sewaktu tempoh haid mereka. Kira-kira 1 daripada 5 wanita dalam usia boleh hamil menghidap anemia.

Wanita hamil juga berisiko tinggi kerana mereka memerlukan 2 kali leb anda.
banyak zat besi daripada biasa. Zat besi tambahan diperlukan untuk meningkatkan jumlah darah dan pertumbuhan janin.

Kira-kira separuh daripada semua wanita hamil mengalami anemia. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko wanita hamil melahirkan bayi pra-matang atau berat badan bayi rendah.

Rawatan Untuk Anemia Ketika Hamil

Biasanya doctor akan nasihatkan supaya ambil khasiat tambahan zat besi atau asid folik bagi menampung kekurangan vitamin prenatal.

Doktor juga akan menyarankan anda menambah pengambilan makanan yang tinggi kandungan zat besi dan asid folik dalam diet harian anda.

Penghidap juga akan diminta menjalani ujian darah dalam tempoh masa tertentu bagi memeriksa tahap hemoglobin dan hematokrit dalam badan.

Selain itu, penghidap anemia juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk meningkatkan hemoglobin dalam badan.

Shaklee juga ada menyediakan suplemen yang sesuai untuk membantu mereka yang menghidap masalah anemia.

InsyaAllah. Kak ja akan share suplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Stay tuned.

Salam Sayang,

Kak Ja

PengedarShaklee Anda

Tuesday, 6 June 2017

Apa Itu Eczema Dan Cara Merawatnya Dengan Set Shaklee

Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah Eczema. 

Penyakit kulit Eczema ni biasa dihidapi masyarakat hari ini, yang mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah. 

Eczema boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Samada lelaki, wanita, tua atau muda. Malah 15 hingga 20% kanak-kanak menghidapi Eczema.

Tapi, tak perlu gundah gulana. Sebab Shaklee pun ada menyediakan set untuk penyakit Eczema.
Sebelum tu kita kenal-kenal dulu apa dia penyakit Eczema ni.

APA ITU ECZEMA?


Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.

Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah.

Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman.

PUNCA ECZEMA


Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda atau keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).


CARA MENCEGAH ECZEMA
  
·         -  Kutu hama atau habuk rumah (dust mites) dikatakan mencetuskan setengah kes eczema.
·         -   Elak menggunakan karpet.
·         -  Basuh pakaian, cadar, selimut, dan soft toy setiap minggu pada suhu yang tinggi (50º C atau lebih)  dikatakan boleh membantu.
·          - Mengudarakan bilik anda sehari sekali dan vakum tilam seminggu sekali.
·          - Pastikan anda berada di persekitaran yang nyaman dan tidak kering, kerana bilik yang panas boleh    membuat eczema lebih teruk
·          - Pakaian jenis kain benang (cotton) boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat  keadaan lebih teruk.
·          - Pastikan kuku pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru terutamanya bayi.
·          - Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
·          - Elakkan apa juga yang boleh ‘trigger eczema’. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan  sintetik.

Produk Shaklee Sebagai Rawatan Alternatif Untuk Mengatasi Eczema

Produk Shaklee membantu memperkuatkan sistem dalaman penghidap eczema, seterusnya membantu mencegah eczema kronik. Bahan semulajadi dalam Produk Shaklee dapat mengawal kegatalan dan keradangan. Juga merawat luka-luka disebabkan eczema.

Meal Shakes dan ESP



Baik untuk pemulihan luka dan proses penggantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

Omega Guard Shaklee


Bersifat semulajadi anti radang, memperbaiki simptom alergi kulit. Juga memulihkan dan mengawal eczema dari dari dalam, dengan mengintergrasi sistem imunisasi. Pengambilan yang konsisten akan elakkan eczema dari menyerang.

NutriFeron  


Pengambilan NutriFeron Shaklee setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan, yang merupakan pengaktif kritikal sistem imunisasi badan.

Basic H

Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.


Herbal Blend Cream


Bagus disapu kepada kulit yang ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.

Bagaimana nak dapatkan Set Eczema Shaklee? 

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit