Semua
wanita mengimpikan kulit yang bersih, cantik dan sihat.
Tapi tak ramai pun yang
bersungguh-sungguh melakukannya. Betul tak?
Nah,
harini kak ja share cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Mudah dan
berkesan. InsyaAllah.
1. Cuci muka 2 kali sehari.
Pastikan
anda cuci muka 2 kali sehari. Waktu yang terbaik adalah pagi dan malam. Gunakan
pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka anda.
2. Guna SUNBLOCK
Sapukan
pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15 yang menghalang sinaran UVA
dan UVB secara langsung menyentuh kulit anda. Oleh kerana pendedahan seumur
hidup boleh menyebabkan kedutan, bintik-bintik dan masalah kulit yang lain,
anda perlu melindungi kulit anda dari terkena matahari.
3. Jangan tidur dengan make up
Pastikan
kulit muka anda bersih dari secalit alat make up sebelum tidur. Sisa-sisa make
up yang tak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan
akibatkan masalah kulit seperti jerawat. Minyak zaitun sangat efektif
untuk menanggalkan lebihan mekap.
4.
Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air kosong
dapat membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dan membuatkan tubuh badan lebih
sihat dan segar serta mencegah dehidrasi..
5. Elakkan stress
5. Elakkan stress
Stress
yang berpanjangan boleh memberikan kesan yang negatif pada tubuh anda. Jadi pastikan
anda meluangkan masa untuk melakukan meditasi untuk melegakan badan dan tekanan
atau luangkan masa beberapa minit untuk relakskan diri dari bebanan kerja.
Jangan lupa untuk bersenam supaya tubuh anda lebih cergas.
6. Jangan picit jerawat
6. Jangan picit jerawat
Sikap
suka menyentuh muka dengan kerap boleh menimbulkan masalah kulit muka kerana
bakteria mudah merebak melalui tangan yang kotor. Elakkan jari jemari anda dari
suka memicit jerawat di muka. Kesannya akan menyebabkan parut jerawat yang
semakin banyak nanti.
7. Cukup tidur
Tidur
yang yang cukup
dan berkualiti
sangat penting untuk membaiki dan memulihkan sel kulit. Ketika tidur, tubuh
anda sedang melakukan pelbagai proses ‘pemulihan’. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam
sehari dan kosongkan fikiran sebelum tidur. Sekiranya anda tidak mendapat rehat
yang cukup, kulit anda akan menjadi letih sepajang hari seperti tidak mandi
seharian walaupun anda sudah mandi. Selain itu, jika tidak cukup tidur, mata
anda juga akan mula mempunyai lingkaran hitam atau bengkak pada mata.
8.
Ambil makanan
yang sihat
Kurangkan
pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak, dan makanan yang diproses. Tapi
banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
9.
Pengambilan VITAMIN C
Vitamin
C adalah sumber antioksidan yang bagus untuk tubuh badan anda. Ia melindungi
kulit daripada kerosakan luaran akibat panahan matahari, pencemaran dan
meningkatkan penghasilan kolagen yang membuatkan kulit lebih anjal dan glowing.
Ia juga meningkatkan imun badan anda dan mengurangkan jangkitan penyakit.
Dapatkan
Vitamin C dengan harga murah dan diskaun 5% sepanjang bulan Oktober ni.
Daftar
AHLI sekarang!
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment