Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Sunday, 6 August 2023

Kebaikan Vitamin E Yang Perlu Diketahui

 




Bagaimana anda melengkapkan vitamin E harian anda? Jika anda dapat melengkapkan nutrisi vitamin E anda melalui makanan, itu pastinya lebih baik. Tapi adakah mencukupi dengan jumlah yang anda perlukan? Selalunya Vitamin E boleh diperolehi daripada sumber makanan kita seperti berikut:

 




Tapi rasanya tak semua yang dapat lengkapkan Vitamin E mereka setiap hari. Oleh itu sebagai alternatif untuk melengkapkan Vitamin E harian, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E istimewa dengan tambahan selenium dan biji anggur.

Apa kandungan Vitamin E Shaklee?

Vitamin E Shaklee telah diperbaharui dengan formulasi yang baru. Apa yang terkandung dalam Vita-E Shaklee?





1.                  Minyak kacang soya

2.                  Minyak biji gandum( yang kaya dengan Vitamin E)

3.                  8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)

4.                  Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik.

5.                  Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang kaya dengan antioksidan.

 

KHASIAT & KEBAIKAN VITAMIN E SHAKLEE

Banyak khasiat dan kebaikan vitamin E. Di antaranya ialah :


  1. Melambatkan penuaan. Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya.
  2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.
  3. Pencegahan penyakit katarak.
  4. Mencegah penyakit jantung.
  5. Melindungi struktur membran daripada rosak.
  6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah.
  7. Membantu melancarkan peredaran darah.
  8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
  9. Mengurangkan parut (boleh disapu pada tempat yang berparut).
  10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  11. Meningkatkan pengeluaran air mani.
  12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot.
  13. Menguatkan dinding kapilari.
  14. Mengurangkan tekanan darah.
  15. Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlet.
  16. Kulit dan rambut menjadi sihat.
  17. Mencegah anemia.
  18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
  19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk.
  20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam.
  21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran.
  22. Merapatkan hubungan suami isteri. Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta.
  23. Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  24. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
  25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

 

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN E SHAKLEE ?

§  Untuk bakal Pengantin Suami Isteri. (Sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan)

§  Untuk para suami & isteri yang ingin bertenaga ketika bersama dengan pasangan

§  Untuk membantu menaikkan rasa terangsang pasangan suami & isteri.

§  Untuk suami: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.

§  Untuk isteri: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)

§  Untuk pesakit yang menghidap penyakit nyanyuk (Alzheimer). Mereka juga dicadangkan mengambil vitamin E untuk memperlahankan simptom yang dialami pesakit

§  Untuk mereka yang mempunyai parut jerawat atau parut kecederaan dan mereka yang ingin mencantikkan kulit

§  Untuk ibu yang mengalami stretchmark selepas bersalin atau turun berat badan.

§  Sesuai sebagai langkah pencegahan bagi mereka yang berisiko tinggi mengidap kanser.

§  Untuk ahli sukan yang ingin terus kekal bertenaga.

 

Kenapa pilih Vitamin E-Shaklee?

Vitamin E Shaklee adalah vitamin E yang semulajadi. Ini bermakna, kandungannya juga semulajadi dan bebas bahan kimia. Kenapa penting bagi anda mendapatkan Vitamin E semulajadi? Vitamin E semulajadi adalah lebih mudah diserap berbanding Vitamin E sintetik. Kesukaran penyerapan vitamin E boleh menyebabkan toksin terkumpul dan boleh mewujudkan sel abnormal dalam tubuh kita. Terlalu banyak mengambil vitamin E juga tidak elok untuk tubuh kita.


Vitamin E sintetik adalah vitamin E buatan yang dihasilkan dengan campuran bahan kimia. Bagaimana nak pastikan vitamin E yang anda beli adalah yang semulajadi? Anda boleh semak pada bahagian kandungan vitamin seperti di bawah. Jika vitamin E yang anda beli adalah semulajadi, kod 'd'  akan digunakan, jika ianya vitamin sintetik atau buatan, ia akan menggunakan kod 'dl' pada bahan yang digunakan.

Jadi, nak dpaatkan VITAMIN E yang semulajadi, selamat dan berkesan, dapatkan terus dari Kak Ja, Pengedar Shaklee Anda.


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Friday, 30 June 2023

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan

 


JERAGAT 


Bila sebut tentang jeragat, ini salah satu perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita. Sebabnya ianya sedikit sebanyak mengganggu penampilan orang perempuan. Jeragat ni juga seolah-olah menandakan yang seseorang tu sudah meningkat usia. Maka, berlumba-lumbalah mereka ni cari produk yang boleh hilangkan jeragat dengan cepat tanpa fikirkan kesan jangka panjang.


Sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu jeragat, punca dan cara untuk mengatasinya.



Apa itu jeragat?



Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata



PUNCA JERAGAT BERLAKU

Bagaimana jeragat boleh berlaku? Ini antara punca timbulnya jeragat.


  1.  TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 

Jika anda jenis banyak berjemur di bawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.

2.  PENJAGAAN ASAS KULIT MUKA

Kulit anda juga akan mudah ditumbuhi jeragat jika tidak mengamalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Tak perlukan modal yang sangat besar. Tapi perlukan kerajinan. Apakah dia penjagaan asas kulit muka? 



Setiap hari pastikan anda:

  • * Mencuci muka

  • * Memakai penyegar ( toner )

  • * Memakai pelembab

Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar kulit sentiasa bersih daripada sebarang kotoran dan minyak yang boleh mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

3.  FAKTOR USIA

Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh di muka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kak ja ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.


4.  FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama.

  

5. PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah.  Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.

Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.

6.  PENGGUNAAN ALAT SOLEK DAN PRODUK KECANTIKAN

Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual di pasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat di wajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.

7.  TEKANAN PERASAAN

Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan mengganggu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.

8. PERSEKITARAN YANG TERCEMAR

Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Pencemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.

Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.

Itulah dia antara punca jeragat yang ramai wanita tak perasan. 


Bagaimana cara atau petua untuk atasi jeragat?

Ada pelbagai cara dan petua yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah jeragat. Di antaranya ialah :


1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH

Antara petua hilangkan jeragat ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sekurang-kutangnya sehari dua kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, dengan mencuci muka dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci muka yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.


2. ALOE VERA


Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-


- Mencerahkan wajah

- Melindungi dari sinar matahari

- Mengecut dan menghilangkan jeragat

- Mengatasi kulit kering dan berminyak.

- Menghilangkan jeragat.

- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Caranya mudah. Campurkan lendir aloe vera dengan madu. Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan

3. LEMON


Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat. Ia boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya ialah:-

Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka). Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.


4. GUNAKAN SERBUK KUNYIT

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang berjeragat. Kemudian, tunggu sehingga ia kering. Amalkan tips ini seminggu sekali dan anda akan dapat lihat perubahannya.

5. TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini bersifat antioksida yang juga boleh membantu menyelesaikan masalah jeragat.



Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.

Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.

6. DIET PEMAKANAN SIHAT

Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.

Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat. Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah. Malah mengganggu penampilan kita dan menyebabkan kita rasa rendah diri.


7. PENGAMBILAN SUPLEMEN



Dan akhir sekali, petua hilangkan jeragat ialah dengan pengambilan set jeragat Shaklee dan set Youth Shaklee untuk hasil yang lebih berkesan. Ini kerana sebenarnya jeragat ni perlu ‘dirawat’ dari peringkat dalaman.


Bagi anda yang nak dapatkan produk Shaklee, jangan segan silu contact kak ja ye.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023