Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Thursday, 9 August 2018

Punca cirit-birit




Korang pernah kena cirit birit tak? Masa tu memang sibuk ulang alik ke tandas je lah.
Kak ja pernah kena masa tengah kerja. Ya Allah, sakitnya Tuhan je yang tahu. Sebelum nak melepaskan hajat tu..memang akan datang rasa sakit perut yang teramat sangat. Datangnya tu plak on off. Time dia datang menyerang tu..memang berguling dibuatnya.

Tanda-tanda anda diserang cirit birit :
Najis yang cair
Sakit perut secara memulas
Demam
Loya
Muntah
Perut rasa kembung
Tiba-tiba rasa nak buang air besar

Punca cirit birit

Sebenarnya terdapat beberapa punca yang menjadi penyebab kepada masalah ini.
Punca tersebut adalah:
·      Kemasukan virus, bakteria atau parasit
·      Kemasukan air yang tidak elok  atau makanan rosak
·      Alergi
·      Gangguan emosi
·      Terlalu banyak ubat laksatif
·      Ubat-ubatan tertentu (antibiotik seperti tetrasiklin, Klindamisin dan Ampisilin boleh  menyebabkan anda mengalami cirit birit)
·      Divertikulitis (penyakit usus)
·      Penyakit radang usus, biasanya ulser kolitis atau Penyakit Crohn

Komplikasi cirit-birit

Cirit birit boleh menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi (kekeringan). Dehidrasi ni sebenarnya berbahaya terutamanya bagi kanak-kanak.
Jika anda atau anak anda mengalami tanda tanda dehidrasi (kekeringan), sila berjumpa doktor dengan segera

Bagaimana Cara Mencegah Cirit-Birit?

1) Amalkan kebersihan yang baik
Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutama sekali selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menyediakan dan mengambil makanan.

2) Air minuman yang selamat
Air yang tercemar adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan penyakit berjangkit.
Jangan benarkan sesiapa menyentuh air atau minum dari bekas, dan kerap kali bilas bekas selepas digunakan. Jika anda tidak pasti tentang kualiti air, rawat ia sebelum minum.

3) Kebersihan tandas
Menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar adalah kaedah penting untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit.
Sentiasa gunakan tandas yang dilengkapi sistem kumbahan atau sistem sanitari serta-merta (cth: tangki septik atau lubang peresapan) dan buangkan kertas tandas ke dalam tandas atau menanamkannya.

4) Kebersihan makanan
Kebersihan makanan yang baik dapat membantu mencegah gastroenteritis dan cirit-birit akibat keracunan makanan.
Bersihkan dan basmi kuman permukaan penyediaan makanan: Selepas menyediakan makanan (terutama sekali daging mentah, ikan atau telur), bersihkan dan basmi kuman permukaan dapur yang telah anda gunakan. Alat memasak yang kotor, kutleri dan pinggan mangkuk boleh dibersihkan dengan bahan pencuci dan air panas.
Simpan makanan yang mentah dan dimasak secara berasingan.
Masak makanan anda dengan rata.
Simpankan makanan dalam peti sejuk untuk menghalang pertumbuhan bakteria.


Jika terkena Cirit Birit, bolehlah mengambil Suplemen Shaklee untuk mengurangkan cirit birit.

1. Performance Drink


Untuk memastikan badan sentiasa terhidrat dan memberi tenaga segera

2. Nutriferon

Untuk meningkatkan sistem imunisasi untuk melawan virus yang masuk di dalam badan yang menyebabkan cirit birit tersebut

3. Peppermint Ginger Plus


Untuk melegakan angin dalam perut di sebabkan cirit birit.

 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Saturday, 7 July 2018

Cara Rawat HFMD Dengan Mudah


Assalamualaikum.


Harini kak ja nak share sikit lah pengalaman kak ja menjaga anak yang dijangkiti penyakit HFMD. Ni memang cara yang paling mudah nak rawat HFMD.

Mulanya kak ja memang tak sedar pun yang Maira (5 tahun) boleh terkena penyakit ni. Antara tanda-tanda awalnya, Maira mula demam (27/6). Tapi demamnya tak berapa tinggi dan on off. Jadi, esok harinya (28/6)  kak ja dah suruh dia bersekolah macam biasa.



Balik sekolah, dia tunjuk tapak kakinya yang merah-merah, kak ja sangkakan dia kena gigit nyamuk atau chicken pox. Tapi check kat tapak tangan dan seluruh badan, takde pulak bintik-bintik merah tu. Tapi dia mengadu sakit kepala, sakit perut dan sakit dalam mulut.


Bintik-bintik di kaki


Ada sehari tu Maira muntah sampai 3 kali. Tapi dia OK je. Tak lemah pun. Cuma kak ja risau bila dia mengadu sakit kepala. Terdetik juga dalam hati, apa pulak penyakit dia ni sampai sakit kepala. Time ni, kak ja sapukan je baby oil Shaklee kat perut dan kepala Maira. Alhamdulillah, dia rasa lega sikit.



Sabtu (30/6) kitorang ada jemputan kahwin kat Pagoh. Boleh sempat lagi pegi jemputan tu. Haha..Lagipun Maira nampak sihat je. Tak mengadu sakit pun. Ha..masa tu lah baru kak ja tau yang Maira kena HFMD. Itupun sebab anak buah husband yang bagitau. Sebab anak-anak dia semua kena. La…rupa-rupanya Maira ‘dapat’ penyakit tu masa balik kenduri kahwin kat Palong. Huhuhu…Terus hilang ceria haritu. Sikit-sikit kak ja check seluruh badan Maira. Risau cepat melaratnya.

Balik rumah, kak ja sapukan Maira dengan Herbal Blend Cream. Nasib baik Chew C masih ada stok kat rumah. So, bagi dia 2 biji sehari. Mandikan Maira dengan air campuran Basic H. Alhamdulillah, bintik-bintik tu tak naik banyak kat badan Maira. Cuma ulser kat tekak dia je yang lambat sikit nak baik. Pegi klinik untuk dapatkan MC. Nah..duduk lah bertapa kat rumah seminggu.

Surat MC

Basic H & Herbal Blend Cream

Chewable Vita C Plus


Syukur sangat2. Jumaat (6/7) Maira dah pegi sekolah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Boring duduk rumah katanya.

Jadi,  bagi ibubapa yang ada bayi dan anak kecil bersiap sedialah dengan set HFMD Shaklee ini di rumah anda ye. Bagus untuk mencegah dan juga digunakan utk merawat bayi dan anak anda dengan cepat secara semulajadi dan selamat.




Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288

COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



Wednesday, 27 June 2018

Simptom, Cara Mencegah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut


Assalamualaikum semua.

Sekarang ni tengah banyak kes berkaitan penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) . Apa itu HFMD?




Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda-tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

1.             Demam (suhu yang tak berapa tinggi)
2.             Sakit Tekak
3.             Ulser pada tekak, mulut dan lidah
4.             Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
5.             Sakit kepala
6.             Sakit perut
7.             Hilang selera makan
8.             Komplikasi
9.             Muntah-muntah
10.          
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.

Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

·         Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
·         Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
·         Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
·         Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
·         Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
·         Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Rujukan
1. Hand, Foot and Mouth disease (HFMD) Guidelines


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


Tuesday, 6 June 2017

Apa Itu Eczema Dan Cara Merawatnya Dengan Set Shaklee

Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah Eczema. 

Penyakit kulit Eczema ni biasa dihidapi masyarakat hari ini, yang mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah. 

Eczema boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Samada lelaki, wanita, tua atau muda. Malah 15 hingga 20% kanak-kanak menghidapi Eczema.

Tapi, tak perlu gundah gulana. Sebab Shaklee pun ada menyediakan set untuk penyakit Eczema.
Sebelum tu kita kenal-kenal dulu apa dia penyakit Eczema ni.

APA ITU ECZEMA?


Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.

Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah.

Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman.

PUNCA ECZEMA


Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda atau keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).


CARA MENCEGAH ECZEMA
  
·         -  Kutu hama atau habuk rumah (dust mites) dikatakan mencetuskan setengah kes eczema.
·         -   Elak menggunakan karpet.
·         -  Basuh pakaian, cadar, selimut, dan soft toy setiap minggu pada suhu yang tinggi (50º C atau lebih)  dikatakan boleh membantu.
·          - Mengudarakan bilik anda sehari sekali dan vakum tilam seminggu sekali.
·          - Pastikan anda berada di persekitaran yang nyaman dan tidak kering, kerana bilik yang panas boleh    membuat eczema lebih teruk
·          - Pakaian jenis kain benang (cotton) boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat  keadaan lebih teruk.
·          - Pastikan kuku pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru terutamanya bayi.
·          - Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
·          - Elakkan apa juga yang boleh ‘trigger eczema’. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan  sintetik.

Produk Shaklee Sebagai Rawatan Alternatif Untuk Mengatasi Eczema

Produk Shaklee membantu memperkuatkan sistem dalaman penghidap eczema, seterusnya membantu mencegah eczema kronik. Bahan semulajadi dalam Produk Shaklee dapat mengawal kegatalan dan keradangan. Juga merawat luka-luka disebabkan eczema.

Meal Shakes dan ESP



Baik untuk pemulihan luka dan proses penggantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

Omega Guard Shaklee


Bersifat semulajadi anti radang, memperbaiki simptom alergi kulit. Juga memulihkan dan mengawal eczema dari dari dalam, dengan mengintergrasi sistem imunisasi. Pengambilan yang konsisten akan elakkan eczema dari menyerang.

NutriFeron  


Pengambilan NutriFeron Shaklee setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan, yang merupakan pengaktif kritikal sistem imunisasi badan.

Basic H

Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.


Herbal Blend Cream


Bagus disapu kepada kulit yang ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.

Bagaimana nak dapatkan Set Eczema Shaklee? 

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit