Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts

Thursday, 7 February 2019

Cara Mudah Atasi Masalah Kolestrol Dan Darah Tinggi


Bagi kalian yang ada masalah darah tinggi dalam badan, WAJIB baca entry ni.




Bagaikan api dalam sekam.

Inilah yang boleh diibaratkan pada penyakit ini.

Semakin ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit darah tinggi.

Malah, ianya makin membimbangkan kerana penyakit ini boleh datang kepada sesiapa saja.
Dan kebanyakan individu tak tau pun mereka menghidap darah tinggi, sehinggalah ada symptom-simptom tertentu atau selepas membuat pemeriksaan doctor.

WASPADA!
Penyakit ini boleh berlaku disebabkan :
1.      Obesiti
2.      Pengambilan garam berlebihan
3.      Merokok
4.      Tekanan yang melampau
5.      Sejarah keluarga


Bagaimana cara nak atasinya?
·                        Mengawal Diet Harian
Kurangkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi seperti makanan yang diproses. 

·                     Lakukan Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya supaya kolestrol jahat dapat dihapuskan.

·                     Kawal Berat Badan
Mereka yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.Oleh itu, kawal berat badan agar anda tidak obesiti.

·                     Hentikan Rokok Dan Alkohol
Kedua perkara ini memang tidak bagus untuk kesihatan seperti mana yang kita semua tahu.

·                        Amalkan pengambilan suplemen/makanan tambahan.


Jom, baca testimoni customer ini yang mengambil Vivix untuk masalah darah tinggi dan kolestrol tinggi dalam badan.



[RESVERATROL BANTU STABILKAN BACAAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN KOLESTROL EMAK]
.

Assalamualaikum. Saya Wan Zainab bt Wan Muhammad. Saya ingin ceritakan Shaklee Effect ibu saya.




.

Emak saya mengalami masalah darah tinggi dan masalah ini sudah lama dialami beliau. Kesihatan beliau sering terganggu.
.

Emak saya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 11 orang anak. Sekarang adalah waktu rehat beliau, memandangkan anak2 sudah besar.
.

Beliau kerap demam, sakit kepala dan sakit-sakit badan. Emak saya seorang yang anti kepada perubatan moden. Jika demam atau tak sihat, beliau akan ke perubatan alternatif.
.

Sehingga satu hari, beliau sangat sakit kepala walaupun dah ambil ubat perubatan alternatif. Lalu, kami anak-anak menyuruh ibu ke klinik biasa berjumpa doktor.
.

Alangkah terperanjatnya, tekanan darah emak sangat tinggi. Doc bekalkan ubat darah tinggi. Kolestrol beliau juga tinggi.
.

Lalu saya sarankan emak amalkan Vivix disamping amalkan ubat yang doktor beri. Selepas 6 bulan, beliau buat ujian darah sekali lagi.
.

Alhamdulillah, result ujian darah emak sangat bagus. Bacaan kolestrol turun dan bacaan darah pun turun. Beliau mula amalkan makanan sihat dan jaga kesihatan sungguh-sungguh.
.

Selepas itu, beliau stop vivix. Sebab dah rasa lebih baik. Tapi beliau silap, bila buat ujian darah untuk next appoinment, result kolestrol naik semula. Walaupun dah makan makanan sihat, tapi ianya tak membantu.
.

Emak mahu amalkan vivix semula dan juga Pyhtocol ST untuk masalah kolestrol beliau. Alhamdulillah, sekarang dah 2 botol Vivix beliau amalkan. Emak semakin sihat dan tiada sakit kepala lagi.
.

Saya sangat bersyukur kerana emak kembali sihat. Terima Kasih Allah. Terima kasih Shaklee.


Selain Vivix, ada suplemen lain yang boleh diambil untuk masalah di atas.

Kalian boleh ambil Omega Guard dan Phytocol-ST.

Sebelum kak ja akhiri entry kali ni, kak ja nak kongsikan dengan kalian semua TESTIMONI VIVIX.









Dapatkan produk-produk Shaklee dengan harga murah bila daftar ahli.


KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.

Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit




Thursday, 2 August 2018

Set Kolestrol Tinggi Shaklee





Kolestrol  tinggi merupakan salah satu penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat. Biasanya individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kolestrol tinggi dan juga mereka yang sedang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi lebih berisiko untuk mengalami masalah ini. Tapi, ada juga individu yang berbadan kurus pun mengalami masalah kolestrol tinggi ye. Semuanya bergantung pada cara pemakanan dan aktiviti harian kita.

Punca Kolestrol Tinggi


Kolestrol adalah salah satu jenis lemak yang dihasilkan dalam badan. Ia juga boleh berasal daripada makanan yang kita makan.
Majoriti kenaikan kolestrol dalam badan kita adalah disebabkan oleh gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang kita ambil setiap hari. Pengambilan makanan yang mempunyai kolestrol hanya sedikit mempengaruhi bacaan kolestrol dalam badan.

Tahap Normal Kolestrol Dalam Badan

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Kolestrol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolestrol pada tahap yang sepatutnya.

Ini antara beberapa makanan yang perlu dikurangkan untuk mengelakkan kolestrol jahat meningkat di dalam badan antaranya:
·      Gula dan makanan manis
·      Ais krim
·      Majerin
·      Butter
·      Pastri
·      Daging merah

Korang tau tak yang gula putih tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Jika ia tidak diguna oleh badan, ia akan ditukarkan samada menjadi kolestrol ataupun lemak.

Manakala pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolestrol dalam badan jika ia tidak digunakan.

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi




1.    Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
2.    Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
3.    Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
4.  Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5.    Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.  
6.  Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Cara Mengawal Paras Kolestrol

·                     Mengawal Diet Harian
Kurangkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi seperti makanan yang diproses. 
·                     Lakukan Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya supaya kolestrol jahat dapat dihapuskan.
·                     Kawal Berat Badan
Mereka yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.Oleh itu, kawal berat badan agar anda tidak obesiti.
·                     Hentikan Rokok Dan Alkohol
Kedua perkara ini memang tidak bagus untuk kesihatan seperti mana yang kita semua tahu.. 


Set Kolestrol Shaklee Boleh Membantu Anda

Pengambilan supplement Shaklee secara konsisten akan dapat membantu anda. Namun, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata. Kalau kita sendiri tak mengawal pemakanan, malas melakukan aktiviti fizikal..makan ubat mujarab sekalipun takkan berkesan.

Set Penuh Kolestrol Shaklee


B Complex – Vitamin B3 yang membantu menurunkan kadar kolesterol.


Garlic – Khasiat bawang putih merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah.


Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.


Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.


Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah.


Vivix - Vivix melindungi salur darah kita dari kerosakan.



Phytocol - Phytocol dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Pengambilan konsisten supplemen Shaklee dan mengamalkan tips penggunaan yang betul akan membantu anda.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Friday, 14 April 2017

Set Jantung Sihat

Assalamualaikum,

Seperti yang kak ja janjikan sebelum ni, kak ja nak kongsikan dengan korang semua tentang set kesihatan jantung Shaklee.

Set ni bukan ubat yang boleh merawat penyakit jantung tau. Tapi, hanyalah suplemen atau makanan tambahan yang boleh mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.

InsyaAllah,  gabungan “Set Jantung Sihat” (Phytocol-ST, OmegaGuard dan Vivix) membantu menghilangkan ‘clot’ di salur darah yang tersumbat itu secara semulajadi.

3 Langkah Set Jantung Sihat




1.      Phytocol-ST – Mencegah penyerapan kolesterol.
2.      OmegaGuard – Menurunkan LDL, meningkatkan HDL.
3.      Vivix – Melindungi jantung.


“Set Jantung Sihat” ini hanyalah sebagai usaha, dan dengan pengambilan yang konsisten, Insya Allah boleh membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan jantung seperti serangan sakit jantung dan salur darah tersumbat.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 13 July 2015

Phytocol-ST - turunkan paras kolestrol secara semulajadi

Menurut kajian, lebih 6 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kolesterol tidak sihat yang tinggi dalam darah. Mungkin kita salah seorang daripadanya?
Berapakah sebenarnya jumlah kolestrol yang diperlukan dalam badan kita?
Pengambilan kolestrol untuk individu yang sihat ialah 300 mg sehari. Tapi, anda pasti ke yang anda tidak ambil lebih daripada itu? Dengan pelbagai hidangan makanan yang enak, tentunya kita tidak mampu menahan selera makan kan? Lebih2 lagi nak raya ni. Semua kita makan. Rugi tau kalau tak makan…hehehe
Oleh itu, Shaklee telah menghasilkan satu produk yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi..iaitu Phytocol-ST

Apa itu Phytocol-ST?

Ianya adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari. Untuk memperolehi 2000mg Fitosterol, kita kena makan 200 biji lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato setiap hari…lagi mahal dan tak praktikal kan…

Apa itu Fitosterol?

Fitosterol dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan yang ditemui dalam membrane sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Dianggarkan 200-400 mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50g stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Apa itu kolestrol?

Kolesterol adalah zat (sterol) seperti lemak dalam darah. Kolesterol dihasilkan daripada makanan dan ia juga dihasilkan oleh  tubuh kita.

Kolesterol memiliki beberapa penggunaan yang baik. Ia membantu menghasilkan sel-sel baru dan beberapa hormon. Namun jika berlebihan  dalam darah akan menyebabkan masalah serius. 

Ada 2 jenis kolestrol dalam badan : 

Kolesterol LDL dan kolesterol HDL. 
HDL merupakan kolestrol baik dan LDL merupakan kolestrol jahat. Apabila paras kolestrol jahat terlalu tinggi, maka ia adalah musuh kita..
-   LDL juga disebut "kolestrol jahat" :  Menyumbat arteri, meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. -  HDL adalah "kolestrol baik." Kolesterol jenis ini mengikat kolesterol jahat dan membawanya ke hati, di mana ia disaring keluar dari tubuh.
-  Triglycerides bukanlah kolesterol tetapi jenis lain dari lemak yang mengapung didalam darah. Hampir sama seperti kolesterol jahat, memiliki tingkat triglycerides yang tinggi dapat meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. 

Anda yang mengalami simptom2 di bawah, berkemungkinan besar mengalami masalah kolestrol tinggi.
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Pedih ulu hati atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin
Jadi, rawatlah ia sebelum parah.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia

Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.