Semua
pasangan yang dah berumahtangga, dah tentulah mahukan zuriat sendiri. Masing-masing
dah rancang berapa orang anak yang mereka mahu. Berapa orang lelaki, berapa
orang perempuan. Tapi, tak semua pasangan melaluinya dengan mudah.
Ada
yang sebulan kahwin, dah disahkan hamil. Ada yang setahun kahwin, baru
dikurniakan cahayamata. Malah, ada yang dah bertahun-tahun kahwin pun masih
lagi belum dikurniakan rezeki anak.
Ini
semua dah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Jangan lah mengeluh, jangan berputus
asa. Kerana Dia lebih mengetahui bila masa yang sebaiknya untuk diberikan
rezeki anak ni.
Kita
sebagai hambaNya, kena lah terus berusaha, jangan berhenti berdoa. InsyaAllah,
pasti ada REZEKI
nya tu nanti. Janji Allah itu PASTI.
Namun
begitu, kita perlu juga ambil berat dan ambil tau tentang kesihatan sendiri.
Terutamanya orang perempuan. Kadang-kadang kita ni lambat hamil disebabkan
masalah ketidaksuburan.
ANTARA
PUNCA KETIDAKSUBURAN :
*Masalah
hormon
*Masalah
Sperma dan Ovum
*Masalah
persekitaran rahim yang tidak bekerjasama
*Masalah
kesihatan
So,
entry kali ni kak ja nak kongsikan TIPS kesuburan untuk kaum wanita di luar
sana.
1. Jaga
pemakanan dan diet
Ini
adalah ikhtiar cepat hamil yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan
langsung. Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat.
Cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, protein,
vitamin dan mineral. Lebihkan makan buahan dan sayuran serta kurangkan gula,
kafein dan makanan berlemak. Apabila badan sihat, fungsi-fungsi anggota
kehamilan akan bertindak dengan baik.
Jika
anda mempunyai berat badan berlebihan (overweight), mulakan senaman untuk
mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah
terdedah kepada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Selain itu, wanita yang
mempunyai masalah berat badan berlebihan mudah mengalami PCOS atau
Endometriosis. Jika semasa mengandung mempunyai tekanan darah tinggi dan
kencing manis banyak pula nanti komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari
kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau BMI anda kerana berat badan yang
ideal adalah dengan mengukur BMI (normal).
3. Jangan
stress
Kepada
wanita yang berkerjaya, cuba elakkan stress. Stress ni salah satu punca hormon
kita jadi tak stabil. Walaupun stress itu sudah jadi kebiasaan dalam bekerja,
cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja.
Janganlah bawak balik sampai ke rumah. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian
pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk
bersama?
Sekarang
terdapat banyak aplikasi Android atau iOS untuk mencatat jadual period. Apps ni
mempunyai fungsi untuk mengira waktu subur anda. Setiap kali datang waktu
period, catatkan di dalam apps anda. Anda boleh merancang waktu untuk
intercourse bersama suami apabila anda mengetahui waktu subur anda.
Macam kak ja, kak ja install Apps FLO. Senang nak rekod bila datang period dan tahu waktu subur kita.
5.
Lakukan hubungan intim sekerap mungkin sewaktu ovulasi
Waktu
ovulasi adalah waktu yang paling penting untuk melakukan hubungan intim. Ovum
hanya bertahan selama 1 hari sahaja dan jika tidak berjaya disenyawakan bersama
sperma, ovum akan disingkirkan semasa period. Oleh sebab sperma mampu hidup
selama 3 hari, cuba untuk rancang waktu hubungan intim yang sesuai dan lakukan
sekerap mungkin.
6. Jumpa
doktor pakar untuk check kesuburan
Sudah
2-3 tahun masih tidak hamil ataupun sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama
mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor pakar. Semestinya doktor
akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan. Biasanya doktor akan
melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita.
Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami pun kenalah buat
checkup juga. Insha Allah, setiap usaha akan membawa hasil.
7.
Berurut
Kalau
sudah membuat rawatan moden, apa kata kita cuba rawatan tradisional pula. Cuba
la berurut dengan pakar urut. Kadang-kadang, sukar hamil mungkin berpunca
daripada rahim terlalu tinggi. Berurut boleh membantu sistem peranakan kita
supaya teratur.
8. Ambil
makanan dan minuman sunnah
Makanan
dan minuman sunnah Rasulullah SAW juga merupakan antara cara ikhtiar untuk
hamil. Contoh makanan sunnah adalah susu kambing, kurma, madu, dan buah delima.
Makanan sunnah ini banyak khasiat yang diperlukan untuk badan kita. Kurma
memberikan banyak tenaga dalam masa yang singkat selain mempunyai kandungan
asid folid yang bagus untuk ibu mengandung.
9. Suplemen
Ya,
ini juga membantu. Shaklee adalah supplemen yang membekalkan nutrien penting
seperti vitamin yang diperlukan oleh badan. Semakin sihat badan, semakin senang
nak hamil.
Apa
yang kak ja boleh cadangkan ialah ambil SET KESUBURAN WANITA.
GLA Complex
Diamalkan
oleh wanita yang haidnya tidak teratur. Gamma Linolenic Asid (GLA) ni dapat
membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti atau
dikenali sebagai 'egg white servical mucus'. Cecair serviks jenis ini sangat
subur, nipis, berair, cerah dan likat dan memang sangat membantu sperma
berenang terus ke uterus ke tiub fallopio dan seterusnya ke ovum ( telur ).
Cecair
serviks yang sangat subur ini juga dapat membantu sperma hidup lebih lama iaitu
sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio.
Alfalfa Complex
Diamalkan
oleh wanita untuk membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak
teratur dan senggugut atau sakit yang melampau ketika haid ( Digalakkan makan
Alfalfa bersama Kalsium ). Alfalfa Complex juga turut membantu dalam hubungan
suami isteri kerana ia berfungsi seperti kacip fatimah.
Alfalfa
juga dikaitkan dapat membantu dalam masalah PCOS iaitu Polycystic Ovarian
Syndrome ( Masalah berkaitan ketidaksuburan wanita )
ESP-Energizing Soy
Protein
Protein
ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat dapat memudahkan persenyawaan,
perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu penghasilan sel2 ovum dan
sperma yang sihat juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.
B Complex
Lengkap
dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan
asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan
bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan serta
mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.
Dan
akhir sekali
10.
Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT
Kita
sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan
rahmat Allah SWT. Amalkan doa untuk cepat mengandung dan sentiasa lah meminta
kepada-Nya. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah SWT
kerana Dia adalah Yang Maha Pencipta.
Jom
ikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit