Wednesday, 24 October 2018

Set Resdung Shaklee


RESDUNG/ALERGI

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.





Perbandingan antara sinus yang sihat dan tidak sihat


TANDA-TANDA SESEORANG MENGALAMI MASALAH RESDUNG

ü Hidung selalu tersumbat
ü Terdapat lendir dari hidung dan tekak
ü Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
ü Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
ü Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
ü Gejala alahan hidung seperti selalu bersin, gatal hidung dan sebagainya
ü Sangat sensitif dengan habuk dan bulu binatang
ü Kawasan sekitar mata dan muka membengkak apabila resdung semakin teruk
ü Keluar jerawat yang banyak di muka(hanya orang2 tertentu ada simptom macam ni)

Terdapat dua jenis resdung…
1.      akut dan
2.      kronik.

Gejala biasa masalah resdung termasuklah kesesakan hidung, hidung berair, sakit kepala sinus, dan batuk. Resdung akut boleh menyebabkan kehilangan pendengaran berkaitan resdung. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak akan membawa kepada pekak kekal.


Walaupun resdung akut sembuh, pendengaran takkan kembali menjadi normal. Sebaliknya, sinusitis kronik biasanya menyebabkan kehilangan pendengaran sementara yang boleh berkembang menjadi keadaan kekal. Ini berlaku apabila resdung kronik membawa kepada komplikasi lain seperti jangkitan telinga.

Kehilangan pendengaran akibat resdung boleh berlaku apabila jangkitan merebak ke telinga. Pendengaran akan terjejas apabila gegendang telinga mendapat tekanan yang disebabkan oleh keradangan sinus. Tekanan terbentuk disebabkan oleh pengeluran cecair dari bahagian yang berlainan, termasuklah sinus.



ANTARA PUNCA RESDUNG

1.         ALAHAN

Alahan terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

Semasa anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tersekat.  Apabila udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dalam rongga hidung.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..


2.         KECEDERAAN

Mungkin sebelum ini anda tiada masalah resdung, tetapi tiba2 saja anda mempunyai simptom resdung setelah mengalami kecederaan pada hidung.

Apabila struktur hidung menjadi tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan, ia boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.


3.                  JANGKITAN KUMAN DARI GIGI

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas juga boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. Dalam beberapa kes, mencabut gigi atau prosedur pergigian yang tertentu juga boleh menyebabkan resdung.


4.                  TERDEDAH PERSEKITARAN TERCEMAR

Kajian menunjukkan tabiat menyelam dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini. Memang berisiko besar dan anda mungkin ada masalah resdung!!

Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan.


Bagaimana untuk mencegah resdung?
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencegah masalah resdung.
Antaranya…

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3. Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah sebab karpet sangat mudah memerangkap habuk.
4. Jika ingin mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka
7. Jika anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan mengambilnya)
8. Mengambil suplemen atau makanan tambahan

Shaklee juga ada menyediakan produk untuk membantu mengatasi masalah ini. Set ini juga membantu mengatasi masalah alergi atau gatal-gatal di seluruh badan.





ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..


B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

Rawat resdung anda sebelum ia menjadi lebih teruk.

Jom ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee.



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz



ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, 18 October 2018

Gout Beransur Hilang Selepas Amalkan Vivix


Sakit gout ni hanya orang yang pernah mengalaminya je yang tau sakitnya bagaimana.
Nak pijak lantai pun rasa sakit. Kadang-kadang, kalau ada yang terlanggar kaki tu…Allah..sakitnya Tuhan je yang tau. Jangan disentuh bahagian yang sakit tu. Memang boleh nangis dibuatnya.

Tapi, perlu ingat …setiap penyakit tu kan ada penawarnya. Kita sebagai hambaNya perlulah ikhtiar untuk sihat.

Jom baca bagaimana nenek yang berusia hampir 90 tahun kembali sihat selepas bertahun-tahun menghidapi penyakit gout. Apa yang beliau amalkan ye?

[SERANGAN GOUT BERKURANGAN SELEPAS KONSISTEN AMALKAN VIVIX]
.

Assalamualaikum w.b.t




Saya ingin menceritakan kesan pengambilan Vivix kepada nenek suami saya, Limah bt Abdullah yang berusia 86 tahun. Nenek merupakan penghidap gout sejak dulu lagi dan juga mengalami masalah darah tinggi.
.

Gout kerap menyerang nenek sejak tahun 2017. Sangat kerap sehinggakan beliau pernah demam akibat bengkak pada kaki. Apabila beliau tersalah makan sudah pasti, gout bertandang.
.

Beliau terpaksa berpantang daripada makan seafood, kekacang, dan sebarang makanan yang boleh galakkan gout berulang.
.

Kesian melihat nenek apabila gout menyerang sehingga tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah. Kami pernah membawanya berjumpa doktor. Walaupun dah makan ubat anti radang, gout masih menyerang 2 minggu kemudian.
.

Sehinggalah pada 23 November 2017, saya menyarankan suami supaya membelikan Vivix untuk nenek sebagai suplemen harian. Bulan pertama amalkan Vivix, nampak kesan positif berlaku ke atas beliau. Beliau nampak cergas sedikit berbanding sebelum ini.
.

Pada 12 Januari 2018, kami ke Kuantan untuk menziarahi saudara dan nenek ikut sekali. Kami juga bimbang dan risau, takut nenek akan sakit pinggang jika berlama-lama dalam kereta. Maklumlah, perjalanan ke Kuantan mengambil masa 3 jam. Tapi, nenek tetap cergas & tidak mengadu sakit. Jika ditanya sama ada sakit atau tidak, pastinya beliau akan jawab begini.
.

"Sakit juga, tapi tak macam dulu dah."

Bayangkanlah usia nenek sudah tua, badan pun dah sakit-sakit. Nak hilangkan sakit-sakit tersebut memang ambil.masa yang lama.
.

Kini dah botol ketiga Nenek amalkan Vivix. Pada usia nenek dah menghampiri 90an, beliau masih gagah. Semasa kenduri 3 Mac 2018, anak-anak sedara terkejut melihat beliau masih gagah & boleh berjalan. Sedangkan sebelum itu, terpaksa dipapah dan sering mengadu sakit.
.

Walaupun dah amalkan Vivix, kami juga berikan ubat gout apabila beliau rasa bengkak. Hal ini kerana Vivix bukannya ubat tapi hanyalah suplemen untuk bantu lengkapkan nutrisi disamping boleh mencegah.
.

Kami pun happy bila beliau tak mengadu sakit seperti sebelum ini. InshaAllah kami akan terus konsisten berikan beliau Vivix supaya beliau memiliki kesihatan yang baik setiap masa.
.

Inilah Shaklee Effect Nenek saya & Vivix.



Jom ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz



ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
.

Wednesday, 17 October 2018

Ikhtiar Dengan Suplemen Shaklee, Masalah Semut-Semut Kronik Mula Sembuh


Pernah alami semut-semut atau kebas kaki dan tangan tak?

Bagi sesetengah orang, perkara ni dianggap biasa. Sebab ia biasanya terjadi terutama selepas duduk atau bila mana anggota tangan atau kaki terhempap dalam masa yang agak lama.

Tapi, jangan anggap mudah perkara ni. Kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian anda. Malah ia akan menjadi lebih serius jika tak dirawat segera.

Jom kita baca kisah Puan Azalin yang kembali sihat selepas mengalami masalah ‘semut-semut yang kronik’.


[MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.



.

Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin. Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata .


Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi. Rasa semut-semut tu tidak pernah mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor.
.

Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak kedua Lin lebih kurang 4 bulan. Setiap kali bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak, jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok. Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat rasa macam ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur. Bayangkan sakitnya boleh buat Lin terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit. Semakin hari semakin sakit.
.

Sakitnya bukan setakat tu je, Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan. Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa. Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain. Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.
.

Lin ada juga pergi mengurut, rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga. Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan pergi ke HKL buat pemeriksaan. Ujian darah, xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik. Mula-mula doktor jangkakan lin ada masalah rheumatoid arthritis atau carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya. Doktor kata
saraf lin mengeras dan melekat antara satu sama lain. Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit.
.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni, dia cadangkan supplement shaklee. Dia cadangkan lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX. Demi untuk sihat lin keluarkan belanja sendiri beli supplement tu, lagipun B Complex shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital. Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau vitamin B hospital.
.

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah tangan Lin sekarang boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang. Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali.
.

Bagi anda yang ada masalah semut-semut atau kebas-kebas boleh usaha dengan mengamalkan pengambilan B complex dan Ostematrix. Dari penjelasan doktor masalah yang Lin hadapi berpunca dari masalah semut-semut yang dipandang ringan.



Jom ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee.


Feiza Aziz



ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
.

Sunday, 14 October 2018

Sembelit Hilang Dengan Ostematrix Shaklee


Masalah sembelit semasa berpantang memang sangat ditakuti oleh kebanyakan ibu bersalin. Kadang-kadang rasa takut nak buang air besar sehinggakan berhari-hari diri rasa kurang selesa dan perut rasa tak sedap.

Tapi sejak amalkan Set Sembelit Shaklee, ibu ni tidak lagi berdepan dengan mimpi ngeri.

Jom baca kisah beliau.

***********************************************************************


[TAK SEMBELIT LAGI SEJAK KENAL SHAKLEE]
.
Assalamualaikum..

Saya Aida Azwani Bin Agus Azhar, berusia 33 thn , seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak. Saya adalah seorang ibu bekerja. Saya suka gelarkan diri saya Aida.
Semua wanita yang pernah melahirkan anak pasti ada kenangan kan, Ada yang kenangannya manis dan bahagia . Ada yang pahit. Ada yang ngeri macam saya
.


.

Pengalaman saya melahirkan anak kedua memang sangat manis. Yelah...cahaya ke kedua perempuan pula tu. Siapa tak Happy kan . Proses bersalin saya pun mudah je . Masuk2 labour room, tak sampai 30 minit dah selesai bersalin. Anak saya pun kecik je 2.6kg. So tak de la susah sangat nak teran. Rasa macam nak membuang air besar je..tup2 tengok baby dah keluar.Alhamdulillah.segala urusan di permudahkan lagi dengan adanya suami di sisi sepanjang proses bersalin.
.

Tapi....lepas tu yang saya alami pengalaman yang sangat ngeri. Sejak sebelum kahwin lagi memang saya ada sembelit. Kadang-kadang seminggu sekali baru membuang. Tapi tak teruk. Lepas Minum orange atau buah pisang, mesti lawas punya.Anak pertama anak lelaki sembelit juga tapi tak kritikal. Tapi lepas bersalin anak no 2, sembelit saya jadi teruk sangat.
.

Hari ketiga baru nak pergi membuang.Belum buang lagi saya dah menangis sbb sangat sakit dan takut nak membuang.
.

Sekali tu, saya pegi ke tandas nak buang air besar. Lepas membuang, mangkuk tandas tu dah tukar jadi warna merah. Penuh dgn darah!! Seram sangat. Dah la kita ni baru lepas bersalin. Hilang banyak darah. Tambah pulak dengan sembelit. Memang seksa sangat.
.

Alhamdulillah Allah S.W.T kurniakan saya anak ketiga selepas 6 tahun
Masa berpantang anak nombor 3, saya tak alami masalah ni langsung. Masa tu saya ambil SET SEMBELIT SHAKLEE : VITAMIN C+ OSTEMATRIX+LECHITIN
.

Yang best sekali saya tida bengkak susu sebab apa sbb lechitin tu..wow amazing kan.
Macam-macam Shaklee effect saya dapat kan
.

Takde apa-apa masalah pun. Saya recover lagi cepat dari berpantang anak no 2. Yang paling best, NO SEMBELIT AT ALL!!! Memang saya happy dan teruja sangat. So saya pun tanya dan belajar dari pembacaan dan Mr google , kenapa saya dah tak sembelit selepas ambil Shaklee. Baca punya baca...rupanya sebab OSTEMATRIX.
.

KENAPA OSTEMATRIX KALSIUM ATASI SEMBELIT???
.

Bagi yang tak tahu apa tu OSTEMATRIX, ia merupakan vitamin yang mengandungi KALSIUM + MAGNESIUM + VITAMIN D. Sebab ni la, pill kalsium shaklee ni YANG TERBAIK BERBANDING PIL-PIL KALSIUM KAT FARMASI. Kandungan Vitamin D dalam Ostematrix ni membantu penyerapan maksimum kalsium dan membantu menyingkirkan kalsium2 yang terlebih.
.

Ingat! Kalisum tak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan tau...nanti rosak buah pinggang. Sebab tu penting ada Vitamin D sama. Manakala, MAGNESIUM pulak berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan meyerap air dalam badan. Ia juga merangsang pergerakan otot.
Usus juga merupakan otot terpanjang dalam tubuh kita. So, bila usus digerakkan, sembelit tak berlaku la...
.

Haa..best kan ostematrix ni. Sekarang anak no 3 saya dah hampir 2 tahun. tapi saya still lagi amalkan ambil Ostematrix. Selain dari atasi sembelit, Ostematrix jugak baaaaanyak manfaat lain. Especially untuk kaum wanita. Macam saya yang selalu salah urat kejang kaki.ostematrix dan sah sebahagian hidup saya tak lengakp tanpa ostematrix ni.

Jom ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee.


Feiza Aziz



ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
.




Friday, 12 October 2018

Hamil Setelah Ikhtiar Dengan Suplemen Shaklee


Pasangan mana yang tak nak anak. Semua pasangan yang sudah berumahtangga, pasti mahukan zuriat sendiri. Namun begitu, tak semua pasangan melaluinya dengan mudah.

Ada yang sebulan kahwin, dah disahkan hamil. Ada yang setahun kahwin, baru dikurniakan cahayamata. Malah, ada yang dah bertahun-tahun kahwin pun masih lagi belum dikurniakan rezeki anak.

Namun, setelah lama menanti, dan akhirnya disahkan hamil…hati mana yang tak gembira kan? Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.

Begitulah juga dengan Puan Tinie yang merupakan pengguna setia produk Shaklee yang akhirnya disahkan hamil setelah menunggu hamper 7 tahun. Jom baca kisah beliau. Semoga ianya dapat membantu mereka di luar sana yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.



 [PENANTIAN SATU PENYIKSAAN, BERKAT IKHTIAR DENGAN SUPLEMEN DENGAN IZIN ALLAH SAYA DISAHKAN HAMIL]



.

Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya.
.

Saya seorang ibu kepada 2 orang anak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus(rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes mcm saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata.
.

Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan.
.

Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3tahun. Selama tu juga saya tidak datang period.
.

Selepas menanggal implan pada Disember 2014 , saya fikir tahap kesuburan saya akan kembali normal. Yer lah memandangkan jarak kedua anak sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya jadi sebaik menanggal implan mesti senang je nak lekat.
.

Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor, menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap kesuburan lambat untuk kembali normal.
.

Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic. Kemudian Gla Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang lain yang saya dah ambik sebelum-sebelum ni lagi.
Beberapa bulan masih juga menunggu.
.

Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby” oh tertekan jugak kadang-kadang. Yerlah saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab “kita doa sama-sama oke”
.

Pada awal Januari 2018 suplemen CoqTrol berada di pasaran. Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq dalam memberi tenaga pada sel sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil dalam badan manusia.
.

Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati” memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir, saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup.
.

Sebaik berada di pasaran saya terus beli dan makan bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan bantuan application di smartfon dan juga menggunakan ovulation kit.
Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa dan minta orang sekeliling mendoakan juga.
.

Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol, period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ye, Pada usia anak kedua 7tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat berita kehamilan ini. Kini, Kandungan dah nak masuk 5bulan, gerakan baby pun dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye.
.

Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahayamata jangan putus asa. Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA.
.

Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan terima kasih Shaklee.


Feiza Aziz


ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit