Pasangan
mana yang tak nak anak. Semua pasangan yang sudah berumahtangga, pasti mahukan zuriat
sendiri. Namun begitu, tak semua pasangan melaluinya dengan mudah.
Ada
yang sebulan kahwin, dah disahkan hamil. Ada yang setahun kahwin, baru
dikurniakan cahayamata. Malah, ada yang dah bertahun-tahun kahwin pun masih
lagi belum dikurniakan rezeki anak.
Mungkin
ada yang tersentuh hati dan tersentap bila ada orang sekeliling yang bertanya
bila mahu dapat anak. Apa yang mampu dilakukan hanyalah tersenyum dan
mendiamkan diri ataupun menjawab “belum ada rezeki,doakanlah ye”. Jangan
khuatir dan jangan risau ye kalian. Kesabaran anda semua insha Allah sentiasa
akan membuahkan hasil di kemudian hari kerana setiap yang terjadi adalah
daripada rancangan Allah SWT dan Dia lah sebaik-baik perancang.
So,
dalam entry kali ni kak ja kongsikan 10 cara ataupun ikhtiar yang boleh korang lakukan
/ usahakan untuk hamil :
1.
Jaga
pemakanan dan diet
Ini
adalah ikhtiar cepat hamil yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan
langsung. Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat.
Cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, protein,
vitamin dan mineral. Lebihkan makan buahan dan sayuran serta kurangkan gula,
kafein dan makanan berlemak. Apabila badan sihat, fungsi-fungsi anggota
kehamilan akan bertindak dengan baik.
2.
Kawal
berat badan
Jika
anda mempunyai berat badan berlebihan (overweight), mulakan senaman untuk
mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah
terdedah kepada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung
mempunyai tekanan darah tinggi dan kencing manis banyak komplikasi yang tidak
baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau BMI
anda kerana berat badan yang ideal adalah dengan mengukur BMI (normal).
3.
Jangan stress
Kepada
wanita yang berkerjaya, cuba elakkan stress. Walaupun stress itu sudah jadi
kebiasaan dalam bekerja, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di
pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga.
Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk bersama?
4.
Catat jadual period
Sekarang
terdapat banyak aplikasi Android atau iOS untuk mencatat jadual period. Apps ni
mempunyai fungsi untuk mengira waktu subur anda. Setiap kali datang waktu
period, catatkan di dalam apps anda. Anda boleh merancang waktu untuk
intercourse bersama suami apabila anda mengetahui waktu subur anda.
5.
Lakukan hubungan intim sekerap mungkin sewaktu ovulasi
Waktu
ovulasi adalah waktu yang paling penting untuk melakukan hubungan intim. Ovum
hanya bertahan selama 1 hari sahaja dan jika tidak berjaya disenyawakan bersama
sperma, ovum akan disingkirkan semasa period. Oleh sebab sperma mampu hidup
selama 3 hari, cuba untuk rancang waktu hubungan intim yang sesuai dan lakukan
sekerap mungkin.
6.
Jumpa doktor pakar untuk check kesuburan
Sudah
2-3 tahun masih tidak hamil ataupun sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama
mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor pakar. Semestinya doktor
akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan. Biasanya doktor akan
melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita.
Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan
checkup juga. Insha Allah, setiap usaha akan membawa hasil.
7.
Berurut
Kalau
sudah membuat rawatan moden, apa kata kita cuba rawatan tradisional pula. Cuba
la berurut dengan pakar urut. Kadang-kadang, sukar hamil mungkin berpunca
daripada rahim terlalu tinggi. Berurut boleh membantu sistem peranakan kita
supaya teratur.
8.
Ambil makanan dan minuman sunnah
Makanan
dan minuman sunnah Rasulullah SAW juga merupakan antara cara ikhtiar untuk
hamil. Contoh makanan sunnah adalah susu kambing, kurma, madu, dan buah delima.
Makanan sunnah ini banyak khasiat yang diperlukan untuk badan kita. Kurma
memberikan banyak tenaga dalam masa yang singkat selain mempunyai kandungan
asid folid yang bagus untuk ibu mengandung.
9.
Suplemen
Ya,
ini juga membantu. Shaklee adalah supplemen yang membekalkan nutrien penting
seperti vitamin yang diperlukan oleh badan. Semakin sihat badan, semakin senang
untuk mengandung. Untuk ibu yang ingin hamil, digalakkan makan Vitamin B with
Acid Folid dan GLA complex.
Bukan
isteri sahaja, suami juga perlu mengambil vitamin untuk kesihatan mereka. Mineral
Zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah
kerana, mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink
adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, prosuk tenusu dan
boleh diambil dalam bentuk suplemen.
10.
Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT
Kita
sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan
rahmat Allah SWT. Amalkan doa untuk cepat mengandung dan sentiasa lah meminta
kepada-Nya. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah SWT
kerana Dia adalah Yang Maha Pencipta.
Jom ikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.
Daftar ahli sekarang untuk harga lebih murah.
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment