Friday, 1 December 2017

Promosi Vivix



Masih belum mencuba Vivix?
Inilah masanya korang semua nak grab berbotol² vivix dengan harga murah.

Hubungi kak ja untuk pendaftaran PERCUMA dengan pembelian 2 botol vivix.

Bulan ni saja tau.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday, 28 November 2017

Mandian Terbaik Untuk Bayi

Assalamualaikum uollss..

Ha…kak ja excited sangat nak bagitau korang ni. Sekarang ni Shaklee dah ada produk mandian bayi tau. Yang bestnya produk ni memang selamat dan sangat sesuai untuk bayi yang mengalami kulit sensitive.
Set Penjagaan Bayi Shaklee


Biasalah, sebagai ibu bapa, kita memang cerewet dalam memilih produk penjagaan kulit bayi. Kulit bayi yang sensitif memerlukan produk yang betul-betul organik dan selamat.
Penting tau sebenarnya ibu bapa pilih mandian bayi yang selamat bagi menghindarkan bayi terkena alahan akibat dari kesan sampingan bahan-bahan kimia yang mungkin tak sesuai dengan kulit si manja.

Oleh sebab itu, pihak Shaklee Malaysia telah memperkenalkan rangkaian produk penjagaan Shakleebaby™ yang bertaraf premium, eksklusif hanya untuk si comel. Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk Shaklee Baby ini dirumus khas supaya ianya SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK sesuai dengan kulit bayi kita.

Keistimewaan Produk Shakleebaby™
Produk Shakleebaby™ ini berbeza dengan produk lain kerana:




ü  Telah diuji dan mendapat pengiktirafan dari pakar pediatrik
ü  Tidak menimbulkan kesan alahan
ü  Bahan yang digunakan disahkan organik (certified organic ingredients)
ü  Telah diuji selamat dan berkesan secara klinikal
ü  Kandungan pH yang seimbang
ü  Bahan semulajadi dan organik

Shakleebaby™  sangat memahami kemahuan bayi anda. Oleh itu, hanya bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK sahaja dirumuskan khas untuk produk penjagaan kulit terbaik bayi anda.

Gentle Wash


Ø  Memastikan waktu mandi si manja menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan!
Ø  Produk ini dirumus khas dengan bahan seperti chamomile, lavender dan aloe vera organik. Membantu si manja untuk menikmati mandian yang menenangkan dan membelai lembut kulit.
Ø  Telah diuji berkali-kali untuk sensitiviti dan tidak menimbulkan alahan. Kandungan pH yang seimbang untuk si manja.
Ø  Sememangnya terbaik untuk ibubapa yang mementingkan produk mandian bayi yang terbaik yang penuh dengan sentuhan kasih sayang.

Soothing Lotion


Losyen untuk ketenangan si manja. Mengandungi chamomile, minyak rosemary, lavender, minyak biji bunga matahari, minyak vanila, shea butter organik dan minyak biji jojoba.
Jangan berkira jika anda ingin kekalkan pipi gebu si montel dan kelembapan jari-jemari mulusnya dengan losyen yang super-duper lembut ini. 

Massage Oil


Urutan lembut untuk kulit bayi yang menenangkan. Hanya dengan campuran organik yang selamat!
Urutan lembut beberapa minit sehari akan membantu pertumbuhan dan memberi rangsangan psikologi dan emosi yang positif buat bayi.
Minyak urut yang sangat lembut ini amat sesuai digunakan ke atas kulit bayi anda. Boleh digunakan pada bila-bila masa dan juga sesuai digunakan sebagai pelembap selepas mandi.
Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang.

Jadi ibu bapa di luar sana, tak perlu berkira untuk dapatkan set mandian bayi ni yang dirumus khas untuk kelembutan dan kesihatan bayi anda. 

Dapatkan segera set mandian bayi ni dari kak ja. 

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Saturday, 16 September 2017

Merawat Buasir Dengan Suplemen Shaklee


Sebelum nak buat pemilihan produk untuk penyakit buasir anda, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Melalui keputusan doktor baru kita boleh mendapat konsultasi dengan lebih baik lagi.

Untuk pengetahuan anda, Shaklee juga ada set untuk merawat buasir. Ianya terdiri daripada Ostematrix, OmegaGuard dan Zinc Complex.

Fungsi setiap suplemen Shaklee ini adalah:

Ostematrix
OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Omega Guard

OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur yang membengkak sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Zinc Complex

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dan proses membuang air besar yang sangat perit dan sukar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

Setiap penyakit ada ubatnya. Jadi kita sebagai hambaNya perlulah berusaha mencari penawarnya. Selebihnya dengan izin Allah SWT memberi kesembuhan atas penyakit tersebut.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



Thursday, 14 September 2017

Kurang Minum Air Antara Penyebab Buasir



Bahaya Buasir

Buasir atau hemoroid adalah disebabkan pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis buasir

1. Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2. Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang biasa kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Sebab Berlakunya Buasir

Bahaya Buasir

·         Meneran dengan kuat (ketika membuang najis keras atau sembelit)
·         Sentiasa duduk atau jarang melakukan senaman " Kegel Exercise"
·         Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
·         Batuk yang teruk atau kuat dan kerap berlaku
·         Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan
·         Mengangkat berat secara berlebihan dan berpanjangan (Posisi mengangkang)
·         Kurang mengambil sayuran - sayuran dan buah - buahan di dalam pemakanan seharian sebagai pelawas
·         Kurang minum air (sekurang-kurangnya 3 liter/hari)
·         Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok sehari)
·         Bersalin normal yang tidak teratur
·         Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual - Kes jarang berlaku

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

·         Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
·         Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
·         Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
·         Rasa kurang selesa ketika duduk dan berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi.
·         Pucat, tekanan darah rendah (Hypotension), lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening dan boleh jatuh pengsan atau pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan.

PETUA MENGHILANGKAN BUASIR

1. UBAH CORAK PEMAKANAN
Ini yang paling utama. Ubah corak pemakanan. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Lembut dengan kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.

2. MINUM AIR DENGAN KERAP
Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.

3. JANGAN BERDIRI ATAU DUDUK TERLALU LAMA
Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.

4. JANGAN MENERAN DENGAN KUAT
Ingat, elak meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.

5. JANGAN TAHAN BERAK
Jika terasa ada keinginan untuk membuang air besar, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.

6. JANGAN LENGAH MENDAPATKAN RAWATAN
Ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

7. PENGAMBILAN SUPLEMEN
Pengambilan suplemen secara konsisten juga dapat membantu mengurangkan gejala buasir.

Semoga info yang ada ni sedikit sebanyak membantu mereka yang mengalami masalah buasir dan mengelakkan berlakunya buasir.

Salam kasih sayang,
Feiza Aziz

Pengedar Shaklee Anda

Thursday, 7 September 2017

Produk Kosmetik Beracun


Produk kecantikan dan penjagaan kulit menjadi sinonim dalam masyarakat hari ini. Terdapat permintaan tinggi untuk produk yang menjadikan kulit putih dan cerah kerana masalah kusam dan berjeragat.

Berdasarkan kajian pemasaran, industry produk pencerahan kulit akan menjana AS$19.8 bilion (RM28 bilion) secara global menjelang 2018 disebabkan permintaan tinggi dia Asia, Timur Tengah hingga Afrika.

Secara umumnya, produk pencerahan kulit menghalang enzim ‘tirosinase’ di dalam sel kulit jenis melanosit yang menyebabkan pembentukan pigmen melanin berkurangan dan ini akan menyebabkan kulit bertambah cerah.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit menghasilkan lebihan melanin seperti faktor genetic, pendedahan pada cahaya matahari ultraungu (UV) dan gangguan hormone atau kesan sampingan ubat tertentu.

Bahan atau agen yang menghalang aktiviti enzim tirosinase ini biasanya dipanggil sebagai bahan antitirosinase. Produk pencerahan kulit ada juga yang menggunakan agen pengelupasan dan ada juga yang ditambah dengan agen pelindung mataharidengan Faktor Pelindung Matahari (SPF) yang tinggi.

Terdapat beberapa bahan yang boleh membantu mencerahkan kulit seseorang tetapi ia berbahaya kepada kesihatan seperti raksa atau merkuri dan hidrokuinon. Raksa yang digunakan dalam produk kulit untuk pencerahan adalah dalam bentuk inorganic.

Raksa atau merkuri adalah bahan beracun yang diharamkan penggunaannya dalam produk kosmetik kerana ia boleh berkumpul dalam sel kulit dan menyebabkan keracunan yang kronik.

Ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, sindrom nefrotik, kerosakan saraf, kerosakan otak dan masalah mental. Merkuri yang digunakan dalam sabun atau krim akan terbuang semasa dicuci dan akan masuk ke dalam kitaran air yang mana akan bertukar kepada methyl merkuri yang akan dimakan oleh ikan seterusnya dimakan oleh manusia menyebabkan masalah keracunan yang kronik.

Terdapat kajian menunjukkan penggunaan bahan hidrokuinon dalam peratusan yang tinggi akan menyebabkan masalah kanser kulit. Ia hanya dibenarkan digunakan oleh doctor bertauliah untuk mengatasi masalah kulit jeragat yang serius.

Terdapat bahan semulajadi yang selamat digunakan berdasarkan kajian sains yang juga mempunyai sigat antitirosinase.

Antara agenyang membantu mengurangkan penghasilan melanin pada kulit adalah arbutin, asid kojik, asid azelaik, vitamin C, vitamin E (tokotrinol dan tokoferol), glutathion, ekstrak buah delima, ekstrak likoris dan niacinamid.

Arburin adalah bahan antioksidan yang diambil daripada daun bearberi, cranberi, mulberi atau blueberi. Ia adalah bahan semulajadi yang selamat sebagai agen pencerahan kulit dan terdapat kajian sains yang membuktikannya.

Asid kojik pula adalah bahan yang dihasilkan daripada proses penapaian beras dan terdapat kajian menunjukkan ia berupaya membantu mencerahkan kulit. Asid azalaik adalah komponen dalam bijirin seperti gandum, rye dan barli.

Ia disapu pada kulit sebagai krim dalam kepekatan 10 – 20% dan biasanya digunakan dalam rawatan untuk masalah jerawat. Tetapi terdapat juga kajian menunjukkan ia juga boleh membantu mencerahkan kulit.

Vitamin C sangat popular sebagai bahan pencerah kulit kerana ia membantu meningkatkan paras glutathione dalam kulit. Terdapat banyak kajian menunjukkan sifat vitamin C sebagai antioksidan membantu dalam pencerahan kulit kerana ia melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Vitamin E sangat popular kerana antioksidan yang sangat kuat melindungi kulit daripada kesan radikal bebas menyebabkan masalah masalah kulit berjeragat, berkedut dan kusam serta tidak bermaya.

Kajian terbaru menunjukkan Tokotrienol, iaitu vitamin E yang kurang dikenali mempunyai kelebihan yang sangat banyak berbanding vitamin E biasa dari jenis tokoferol.

Vitamin E jenis tokotrienol adalah sangat kaya dalam minyak kelapa sawit. Ia banyak digunakan dalam pelbagai jenis produk penjagaan kulit dan kosmetik di seluruh Negara.

Bahan semulajadi seperti minyak zaitun juga mengandungi vitamin E dan juga polifeno seperti hidroksi tirosol, oleocanthal dan oleuropin yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Oleh itu, minyak zaitun juga digunakan dalam produk penjagaan kulit.

Sumber Info :

Dr Norman Mohd Norawi
Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Aestetk,
Antipenuaan & Perubatan Regenaratif
Ruangan Sihat
Metro 21 Februari 2016



Wednesday, 2 August 2017

Berhenti Merokok Dengan Vivix

Assalamualaikum.

Ada yang cuba nak berhenti merokok tapi GAGAL?

Memang bukan sesuatu yang mudah untuk melepaskan sesuatu yang pernah jadi 'kesayangan' suatu ketika dulu ;D.

Tapi, kalau ianya mendatangkan mudarat, buat apa nak simpan lagi kan?
Buang je jauh-jauh.

Nak tau bagaimana caranya?

Jom ikut kisah En Nasiruddin yang telah berjaya berhenti merokok.







Assalamualaikum…Semangat Pagi semua 

Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak.

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar, awal saya merokok pada usia belasan tahun, hampir 30th lebih saya bergaul dengan nikotin…bayangkan 1 hari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih…dah berapa banyak pembaziran yg saya lakukan dan juga merosakkan diri secara perlahan2 huhuhu sedihnya kalau ingat itu…

Dalam hati ada niat nak berhenti merokok tetapi selalunya gagal, kegagalan itu saya sendiri tak tau pasal apa hehee…Sampai pada satu masa anak sedara saya perkenalkan Shaklee. 5 September 2013 saya mulai mengkonsumsi VIVIX.. awalnya hanya untuk menjaga kesehatan aja & tidak ada maksud untuk berhenti merokok...saya minum 1sdt setiap mlm sebelum tidur…

Minggu pertama takde apa2 kesan hanya saja badan lebih bertenaga, masuk minggu kedua mulailah perasaan berkecamuk ada apa gerangan…kenapa dengan aku ni…kenapa rokok ni tak abis lagi dah 3hr dah ni…rasanya pun dah mulai hambar…setiap pagi biasanya aku minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini kenapa rasa nescafe ni pun jadi lain macam…mulai dari situ lah saya pun bulatkan tekad untuk berhenti merokok…niat sudah kuat nak berhenti dan semangat pun kena kuat juga…

Banyak ujian yang saya lalui dari kawan2 yang asik cakap “halah kejap je tu nanti jg sambung merokok lg hehehe” tetapi saya kuat kan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe)…Ada doktor kata kalau nak berhenti merokok harus slow-slow tak boleh terus berhenti kerana nanti akan ada simptom2 setelah berhenti merokok ni seperti sakit kepala, selesma, batuk2 dan byk lg…tapi Alhamdulillah saya tak ada simptom2 itu kemungkinan dikarena VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom2 tersebut…

Saya amalkan VIVIX selama 1bulan 15hari (1botol VIVIX je) setelah VIVIX habis saya minum VITALEA dan bila vitalea habis saya masih tetap minum lg tetapi tak selalu minum bila sang isteri tercinta ingatkan baru lah saya minum, Alhamdulillah dah 2thn saya berhenti merokok…sekarang ni saya just minum VITA-C sehari 1 biji je…

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”, semoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sehat dan bertenaga…

Terima Kasih Shaklee



Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit