Thursday, 14 September 2017

Kurang Minum Air Antara Penyebab Buasir



Bahaya Buasir

Buasir atau hemoroid adalah disebabkan pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis buasir

1. Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2. Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang biasa kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Sebab Berlakunya Buasir

Bahaya Buasir

·         Meneran dengan kuat (ketika membuang najis keras atau sembelit)
·         Sentiasa duduk atau jarang melakukan senaman " Kegel Exercise"
·         Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
·         Batuk yang teruk atau kuat dan kerap berlaku
·         Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan
·         Mengangkat berat secara berlebihan dan berpanjangan (Posisi mengangkang)
·         Kurang mengambil sayuran - sayuran dan buah - buahan di dalam pemakanan seharian sebagai pelawas
·         Kurang minum air (sekurang-kurangnya 3 liter/hari)
·         Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok sehari)
·         Bersalin normal yang tidak teratur
·         Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual - Kes jarang berlaku

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

·         Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
·         Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
·         Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
·         Rasa kurang selesa ketika duduk dan berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi.
·         Pucat, tekanan darah rendah (Hypotension), lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening dan boleh jatuh pengsan atau pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan.

PETUA MENGHILANGKAN BUASIR

1. UBAH CORAK PEMAKANAN
Ini yang paling utama. Ubah corak pemakanan. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Lembut dengan kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.

2. MINUM AIR DENGAN KERAP
Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.

3. JANGAN BERDIRI ATAU DUDUK TERLALU LAMA
Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.

4. JANGAN MENERAN DENGAN KUAT
Ingat, elak meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.

5. JANGAN TAHAN BERAK
Jika terasa ada keinginan untuk membuang air besar, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.

6. JANGAN LENGAH MENDAPATKAN RAWATAN
Ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

7. PENGAMBILAN SUPLEMEN
Pengambilan suplemen secara konsisten juga dapat membantu mengurangkan gejala buasir.

Semoga info yang ada ni sedikit sebanyak membantu mereka yang mengalami masalah buasir dan mengelakkan berlakunya buasir.

Salam kasih sayang,
Feiza Aziz

Pengedar Shaklee Anda

No comments:

Post a Comment