Showing posts with label Chewable Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Chewable Vita-C Plus. Show all posts

Tuesday, 12 February 2019

Susu Badan Meriah Dengan Set Menyusu Shaklee


2019 merupakan tahun ke-6 kak ja bersama dengan Shaklee.

Bulan 8/2013 kak ja mula daftar sebagai ahli Shaklee.
Itupun sebab masa tu cari suplemen yang boleh tambah susu badan dan bagi badan lebih cergas.

Almaklumlah, masa tu baru 2 bulan lahirkan Maira. Kak ja pun masih bekerja lagi masa tu. Memang rasa penat sangat. Kena plak susu badan tak banyak masa tu. Memang stress wooo..
Bila hantar susu kat pengasuh pun, siap kena perli. “Sikitnya susu”.
Sentap mak nak…



Risik punya risik…tanya punya tanya…
Kak ja pun diperkenalkan dengan Shaklee oleh sepupu kak ja sendiri yang juga merupakan upline kak ja.

Masa tu kak ja beli vitalea, b complex, alfalfa dan chewable c.
Kita pun makan lah seperti yang disarankan.
Tiap-tiap hari memang kak ja tak missed makan suplemen tu.
Tak sabar nak dapat kesannya.

Masa kerja, kak ja akan pam susu badan time ke surau dan time takde orang kat dalam ofis.
Mula-mula mengepam tu, susu yang keluar takde lah banyak sangat.
Tapi tetap pam jugak. Sebab kesiankan anak yang ditinggalkan kat rumah pengasuh.

Sekali tu kan, satu hari tu kak ja pam susu badan kat surau.
Susu yang keluar memang banyak.
Penuh 1 bekas (bekas putih yang kita buat dadih tu).
Ya Allah, sukanya hati masa tu.
Gambar Ehsan dari Google

Masuk ofis terus bagitau kawan-kawan ofis.
Memang happy sangat babe.

So, pada korang yang memang cari set menyusu, kak ja rekomen sangat SET MENYUSU SHAKLEE.
Kak ja cuma ambil yang basic je, tapi Alhamdulillah..susu banyak.
Inikan pulak kalau korang ambil set menyusu lengkap.
Insya Allah, memang meriah susu badan.

Yang penting tau teknik dan cara makan yang betul.

Jangan ragu-ragu untuk dapatkan set menyusu Shaklee dari kak ja.

Dapatkan produk-produk Shaklee dengan harga murah bila daftar ahli.


KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.

Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit








Saturday, 7 July 2018

Cara Rawat HFMD Dengan Mudah


Assalamualaikum.


Harini kak ja nak share sikit lah pengalaman kak ja menjaga anak yang dijangkiti penyakit HFMD. Ni memang cara yang paling mudah nak rawat HFMD.

Mulanya kak ja memang tak sedar pun yang Maira (5 tahun) boleh terkena penyakit ni. Antara tanda-tanda awalnya, Maira mula demam (27/6). Tapi demamnya tak berapa tinggi dan on off. Jadi, esok harinya (28/6)  kak ja dah suruh dia bersekolah macam biasa.



Balik sekolah, dia tunjuk tapak kakinya yang merah-merah, kak ja sangkakan dia kena gigit nyamuk atau chicken pox. Tapi check kat tapak tangan dan seluruh badan, takde pulak bintik-bintik merah tu. Tapi dia mengadu sakit kepala, sakit perut dan sakit dalam mulut.


Bintik-bintik di kaki


Ada sehari tu Maira muntah sampai 3 kali. Tapi dia OK je. Tak lemah pun. Cuma kak ja risau bila dia mengadu sakit kepala. Terdetik juga dalam hati, apa pulak penyakit dia ni sampai sakit kepala. Time ni, kak ja sapukan je baby oil Shaklee kat perut dan kepala Maira. Alhamdulillah, dia rasa lega sikit.



Sabtu (30/6) kitorang ada jemputan kahwin kat Pagoh. Boleh sempat lagi pegi jemputan tu. Haha..Lagipun Maira nampak sihat je. Tak mengadu sakit pun. Ha..masa tu lah baru kak ja tau yang Maira kena HFMD. Itupun sebab anak buah husband yang bagitau. Sebab anak-anak dia semua kena. La…rupa-rupanya Maira ‘dapat’ penyakit tu masa balik kenduri kahwin kat Palong. Huhuhu…Terus hilang ceria haritu. Sikit-sikit kak ja check seluruh badan Maira. Risau cepat melaratnya.

Balik rumah, kak ja sapukan Maira dengan Herbal Blend Cream. Nasib baik Chew C masih ada stok kat rumah. So, bagi dia 2 biji sehari. Mandikan Maira dengan air campuran Basic H. Alhamdulillah, bintik-bintik tu tak naik banyak kat badan Maira. Cuma ulser kat tekak dia je yang lambat sikit nak baik. Pegi klinik untuk dapatkan MC. Nah..duduk lah bertapa kat rumah seminggu.

Surat MC

Basic H & Herbal Blend Cream

Chewable Vita C Plus


Syukur sangat2. Jumaat (6/7) Maira dah pegi sekolah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Boring duduk rumah katanya.

Jadi,  bagi ibubapa yang ada bayi dan anak kecil bersiap sedialah dengan set HFMD Shaklee ini di rumah anda ye. Bagus untuk mencegah dan juga digunakan utk merawat bayi dan anak anda dengan cepat secara semulajadi dan selamat.




Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288

COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



Wednesday, 27 June 2018

Simptom, Cara Mencegah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut


Assalamualaikum semua.

Sekarang ni tengah banyak kes berkaitan penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) . Apa itu HFMD?




Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda-tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

1.             Demam (suhu yang tak berapa tinggi)
2.             Sakit Tekak
3.             Ulser pada tekak, mulut dan lidah
4.             Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
5.             Sakit kepala
6.             Sakit perut
7.             Hilang selera makan
8.             Komplikasi
9.             Muntah-muntah
10.          
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.

Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

·         Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
·         Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
·         Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
·         Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
·         Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
·         Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Rujukan
1. Hand, Foot and Mouth disease (HFMD) Guidelines


Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


Monday, 18 July 2016

Suplemen Shaklee Sebagai Perisai Diri



#tsunamishaklee
Dua senjata ni lah jadi penyelamat dan perisai kak ja, suami dan anak.

Yang si kecik, kak ja bagi dia chew c. Dia start ambik chew c ni sejak umur dia 1 tahun 3 bulan. Yang ni dia boleh hisap sampai habis. Sedap katanya.

Sejak ambik chew c & vitalea untuk kanak-kanak, maira susah sikit nak kena batuk & selsema. Yang penting selera makan dia bertambah. Itu yang kak ja suka.

Ibu dan abah pulak ambik Sr vitamin c plus. Memang wajib ambik. Kalau tak, senang sesangat lah nak kena serang dek selsema.

Lagi pun, sejak ambik vitamin c ni, kulit muka nampak bersih sikit. Muda sikit dari usia sebenar. Keh keh keh..

Lagi 1, memang kita kena ambik supplement untuk tingkatkan sistem imun tubuh kita. Kalau tak, memang mudah sesangat lah kena serang penyakit. Lebih² lagi, corak pemakanan kita ni yang segala²nya 'ekspress'.

Korang pulak ambik apa sebagai 'perisai' diri ye?



Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

Sunday, 10 July 2016

Vitamin Untuk Si Comel



#tsnamishaklee

Maira belum sekolah lagi. Umurnya baru 3 tahun.

Tapi, umur setahun kak ja dah start bagi dia makan Chew c. Sebab dulu maira selalu sangat demam dan selsema. Kesian bila tengok dia asyik makan ubat klinik je.

Pagi tadi kak ja bagi dia telan chew c dan vitalea for children.

Maklumlah, masa beraya haritu dia rembat air batu. Jawabnya, berair lah hidung dia.

Cuma vitalea ni kena campur dalam milk dia. Kalau tak berguling² dia menangis tak nak. Haha.. Alhamdulillah, lepas maira konsisten ambik 2 suplemen ni, jarang sangat dia nak kena demam dan selsema. 

Nak cari vitamin yang selamat untuk anak², suplemen shaklee jawapannya.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit


Thursday, 8 January 2015

Chewable Vita-C Plus




Chewable Vita C Shaklee kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Kini nama baru Chewable Vita C adalah Chewable Vita C Plus.
Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia juga ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
Menariknya, manfaat vitamin c dalam Chewable Vita C plus ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia dari empat tahun dan ke atas, tetapi juga boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil. (Tapi anak sy yg 1 tahun 6 bulan pun sy bg chew c…1/2 biji je)


Manfaat Vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee setara dengan SR Vita C Shaklee

- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
- Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
- Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
- 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
- Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda

Apa Yang Best Bila Orang Dewasa Makan Chewable Vita C Shaklee?

- Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
- Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga 
KESEGARAN vitamin
- Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan 
  malam)
- Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas (sesuai untuk seisi keluarga)

Punca Vitamin C Mudah Rosak :
-     Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar  500mg vitamin C dalam tubuh.
-     Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
-     Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama pada suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan


Mengapa kita perlu Vitamin C dalam badan kita :

-     Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
-     Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
-     Menguatkan struktur gigi dan gusi
-     Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
-     Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
-     Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
-     Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
-     Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
-     Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
-     Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
-     Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
-     Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
-     Membantu dalam proses pemulihan kudis
-     Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
-     Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.


Saya merupakan pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia. Hubungi saya untuk mendapatkan set yang paling tepat dan konsultansi percuma.

Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.