Assalamualaikum semua.
Sekarang ni tengah
banyak kes berkaitan penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) . Apa itu
HFMD?
Penyakit Tangan, Kaki
dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana
lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil
membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin)
dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini
sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh
virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan
kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam
dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh
dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi
dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan
yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air
liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke
kanak-kanak lain.
Tanda-tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal
termasuk:
1.
Demam (suhu yang tak berapa tinggi)
2.
Sakit Tekak
3.
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
4.
Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7
mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel
lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
5.
Sakit kepala
6.
Sakit perut
7.
Hilang selera makan
8.
Komplikasi
9.
Muntah-muntah
10.
Biasanya tidak serius
tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan
jantung.
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh
kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada
mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan
khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan
menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh
digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak
seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan
virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam)
boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa
menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga
adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka
mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan
tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.
Jika mereka tidak mahu
minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga
hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.
Elakkan menghantar anak
yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri.
Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang
telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan
penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat
mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya
dapat mengawal rebakan jangkitan.
·
Amalkan mencuci tangan secara konsisten
menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar
tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
·
Menutup mulut dan hidung bila batuk dan
bersin.
·
Tidak menggalakkan berkongsi pakaian,
tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
·
Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan
diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
·
Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang
tercemar dengan air liur anak.
·
Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada
tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan
pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Rujukan
1. Hand, Foot and Mouth
disease (HFMD) Guidelines
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada kak ja. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
No comments:
Post a Comment