Saturday, 2 March 2019

Perlu Atau Tak Ambil Suplemen


Pernah tak korang terfikir, kenapa semenjak dua menjak ni orang sibuk nak makan macam-macam makanan tambahan?

Padahal orang zaman dulu-dulu, nenek moyang kita dulu tak ada ambil supplement pun. Tapi badan diorang sihat je, siap boleh berkebun lagi walaupun dah tua..Kan?

Tapi memang betul ke kita perlu makan supplement?

Lets check this out!

1. GAYA HIDUP KITA BERBEZA DENGAN ORANG DULU  DULU. 
Orang dulu-dulu, bangun pagi dah boleh hirup udara segar. Kita pulak, bangun pagi, asap kenderaan yang kita bau dulu. Tambah-tambah kalau kita tinggal di kawasan bandar, memang terpaksa tahan hidung la nak sedut karbon monoksida dari asap kenderaan.. Mungkin kita pun dah kalis dengan karbon monoksida sampai tak perasan kita dok sedut tiap-tiap hari

Kita sekarang, nak keluar peluh pun susah. Orang dulu-dulu, nak mandi pun nak kene cedok air dari perigi, baju nak kene sental sendiri. Memang boleh berpeluh ketiak tu. Tapi kita sekarang senang, buka paip je, kain pula campak je dalam mesin. Nak bersenam pun tak sempat. Peluh pun tak sempat nak keluar.


2. GAYA DAN POLA PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT.

Kalau dulu, nak makan sayur, petik je belakang rumah, nak makan ayam, tangkap je sekor. Bak kata orang, semuanya organik. Tapi kita pulak tiada pilihan, sayur terpaksa beli, sayur pulak dah diracun sebab nak elak serangan makhluk perosak. Beli ayam, tapi ayam pulak yang dicucuk dengan ubat hormon. Nak cari ayam organik bukan senang kan.

Pengambilan supplement dapat membantu melengkapkan nutrien yang tidak cukup dan diperlukan badan. Nutrien yang mencukupi membantu badan lebih sihat dan bertenaga.


3. KITA TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN

Badan kita diserang bertubi-tubi oleh pencemaran udara (asap rokok, kereta, kilang), pencemaran kosmetik (makeup, losyen, syampu, sabun dan lain-lain), makanan yang diproses, makanan rapu dan sebagainya. Jadi badan kita memerlukan sistem pertahanan badan yang lebih kuat.


4. KEHIDUPAN YANG STRESS

Masalah kewangan punca utama stress. Dan ia menjadikan lebih banyak radikal bebas terhasil dalam tubuh kita.


5. KUALITI MAKANAN

Berdasarkan kajian, 1 mangkuk bayam pada tahun 1945 cukup unutk bekalan vitamin kita, tapi sekarang kita kena makan 40-50 mangkuk bayam untuk amaun vitamin yang sama.

Penggunaan baja kimia, pestisid, herbisid, germisid, GMO, etc. menjadikan sayur kita bukan sekadar sayur, tapi HAMPAS.

Ha, boleh nampak kan, hidup kita dengan orang dulu-dulu memang beza.

Tak perlu tunggu masa mengandung atau masa sakit baru nak ambil supplement.

Tapi, sebelum kita sakit, kita perlu ambil supplement untuk mencukupkan nutrien dalam badan kita.

Jom kita sama sama amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan seimbang, ambil supplement untuk cukupkan nutrien dan bersenam.

Jangan lupa tonton video ni sampai habis.







Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment