Sunday, 7 October 2018

Tips Kulit Cantik


Semua wanita mengimpikan kulit yang bersih, cantik dan sihat. 



Tapi tak ramai pun yang bersungguh-sungguh melakukannya. Betul tak?

Nah, harini kak ja share cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Mudah dan berkesan. InsyaAllah.

1.
Cuci muka 2 kali sehari.


Pastikan anda cuci muka 2 kali sehari. Waktu yang terbaik adalah pagi dan malam. Gunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka anda.

2.  Guna SUNBLOCK



Sapukan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15 yang menghalang sinaran UVA dan UVB secara langsung menyentuh kulit anda. Oleh kerana pendedahan seumur hidup boleh menyebabkan kedutan, bintik-bintik dan masalah kulit yang lain, anda perlu melindungi kulit anda dari terkena matahari.

3. Jangan tidur dengan make up
Pastikan kulit muka anda bersih dari secalit alat make up sebelum tidur. Sisa-sisa make up yang tak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan akibatkan masalah kulit seperti jerawat. Minyak zaitun sangat efektif untuk menanggalkan lebihan mekap.

4. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air kosong dapat membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dan membuatkan tubuh badan lebih sihat dan segar serta mencegah dehidrasi..

5.
Elakkan stress


Stress yang berpanjangan boleh memberikan kesan yang negatif pada tubuh anda. Jadi pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan meditasi untuk melegakan badan dan tekanan atau luangkan masa beberapa minit untuk relakskan diri dari bebanan kerja. Jangan lupa untuk bersenam supaya tubuh anda lebih cergas.

6. Jangan picit jerawat 


Sikap suka menyentuh muka dengan kerap boleh menimbulkan masalah kulit muka kerana bakteria mudah merebak melalui tangan yang kotor. Elakkan jari jemari anda dari suka memicit jerawat di muka. Kesannya akan menyebabkan parut jerawat yang semakin banyak nanti.

7. Cukup tidur
Tidur yang yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk membaiki dan memulihkan sel kulit. Ketika tidur, tubuh anda sedang melakukan pelbagai proses ‘pemulihan’. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari dan kosongkan fikiran sebelum tidur. Sekiranya anda tidak mendapat rehat yang cukup, kulit anda akan menjadi letih sepajang hari seperti tidak mandi seharian walaupun anda sudah mandi. Selain itu, jika tidak cukup tidur, mata anda juga akan mula mempunyai lingkaran hitam atau bengkak pada mata.

8. Ambil makanan yang sihat 

Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak, dan makanan yang diproses. Tapi banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

9. Pengambilan VITAMIN C


Vitamin C adalah sumber antioksidan yang bagus untuk tubuh badan anda. Ia melindungi kulit daripada kerosakan luaran akibat panahan matahari, pencemaran dan meningkatkan penghasilan kolagen yang membuatkan kulit lebih anjal dan glowing. Ia juga meningkatkan imun badan anda dan mengurangkan jangkitan penyakit.

Dapatkan Vitamin C dengan harga murah dan diskaun 5% sepanjang bulan Oktober ni.

Daftar AHLI sekarang!


Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang




DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment