Friday, 7 September 2018

Tips Atasi Rasa Letih


Lesu dan letih serta merasa lemah badan memang biasa terjadi kepada golongan dewasa terutama kaum ibu. Kelesuan yang berpanjangan semestinya mengundang rasa yang tidak selesa dan mungkin akan menganggu prestasi dan fokus seseorang.

Sebagai wanita, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga dan berkerjaya pasti rasa kelesuan dan letih ini sangat-sangat menganggu tugasan harian. Maklumlah, kena bahagikan masa dan terkejar-kejar untuk sediakan keperluan suami, anak-anak dan diri sendiri.

Bagaimana nak hilangkan rasa penat melampau ni? Dah cuba macam-macam tapi masih belum berkesan juga. Kak ja cuba kongsikan cara yang mudah untuk hilangkan letih dan lesu demi keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Cara Hilangkan Letih Dan Lesu Badan

1. Ambil Sarapan Pagi


Rasanya semua orang pun tahu kan? Sarapan ni sangat penting untuk memulakan awal pagi kita. Jangan tinggalkan sarapan kerana sarapan membantu kita kekal cergas sepanjang hari. Bak kata Mat Salleh, ‘Breakfast Like A King’. Jadi, sarapan lah untuk dapatkan tenaga awal pagi.

2. Tidur Yang Cukup


Kalau kita kurang tidur atau ada masalah tidur, memang boleh mengganggu jadual seharian kita. Kepala terasa melayang-layang dan pening, badan pula terlalu lemah dan lesu. Memang tak mampu nak buat apa kalau kurang tidur. Apatah lagi jika ada masalah Insomnia. Bertambah-tambahlah masalah penat kita.

Sebaik-baiknya, cuba tidur sebentar waktu tengahari sebelum masuk waktu Zuhur. Ini dipanggil “Qailullah”. Tidur pada waktu ni memang sangat-sangat membantu mengatasi masalah mengantuk, letih dan lesu. Tak percaya..cubalah. Dapat lelepa sekejap pun dah cukup. Tapi jangan terlajak tidur bagi yang bekerja tu.

3. Minum Air Yang Cukup


Badan yang kekurangan air memang membuatkan kita rasa tidak bermaya sepanjang hari. Minum air secukupnya untuk pastikan badan kita sentiasa terhidrat.

4. Elakkan Obesiti


Kegemukan atau obesiti membuatkan kita rasa lemah badan. Badan terasa berat untuk melakukan sebarang aktiviti. Senang cakap..rasa malas je.

Jadi cuba sedaya upaya untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Ambil pemakanan yang berkhasiat dan buat detoks untuk memulakan perjalanan menurunkan berat badan.

Jika perlukan jurulatih untuk menurunkan berat badan, cari jurulatih yang benar-benar memahami konsep menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Sekarang ni ramai yang boleh bantu turunkan berat badan dan mudah nak cari di media sosial sama ada Facebook atau Instagram.

5. Ambil Suplemen Berkesan


Amalkan suplemen yang boleh berikan tenaga segera dan juga kekal bertenaga sepanjang hari. Pastikan juga kalian cek kandungan gula di dalam suplemen yang memberi tenaga ni. Jika kandungan gula tinggi, ia memang memberi tenaga segera tetapi ia boleh memudaratkan kesihatan pula di kemudian hari.

Bertenaga Dengan Shaklee
Sekiranya ingin mencuba makanan tambahan yang semulajadi, sangat disyorkan mengambil Cinch Energy Tea, Performance Drink atau ESP yang dalam bentuk serbuk atau VitaLea dalam bentuk tablet.

Cinch Tea


Cinch Tea merupakan gabungan bahan-bahan ekslusif Teh Hijau Matcha, ekstrak Teh Merah (Teh Hitam), ekstrak Teh Putih (Teh Hijau Muda), ekstrak Teh Merah Rooibos dan Taurina.
Cinch Tea ni sangat tinggi dengan anti-oksidan dan sangat membantu meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 4x ganda. Sekaligus ia sebagai pembekal tenaga dan juga pembakar kalori yang membantu untuk kurus.

Performance Drink


Performance Drink merupakan minuman yang kaya ion yang membantu mengekalkan elektrolit dalam tubuh. Ini sekaligus mengekalkan cecair dalam tubuh, mengelakkan kehilangan cecair dan mengelakkan terjadinya hidrasi dalam tubuh yang menjadi punca keletihan.

ESP (Energizing Soy Protein)


ESP memang terkenal sebagai serbuk soya non-GMO yang menjadi pembekal tenaga kerana mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Selain itu, ia turut berfungsi memberi rasa kenyang berpanjangan.

VitaLea


VitaLea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis mineral dan vitaminyang diperlukan oleh tubuh. Kaya dengan Zat Besi bagi mencegah anemia dan sangat terkenal sebagai energy booster.

Oleh itu, kalau memang badan terasa sangat letih dan lesu, jangan biarkan ia terus membelenggu diri kita. Usahakan pelbagai cara yang mana bersesuaian dengan tubuh kita untuk terus kekal cergas bertenaga.


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang



DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit




No comments:

Post a Comment