Bila
mengandung, kebanyakan ibu hamil mengalami hb rendah atau anemia. Hb yang
rendah boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi untuk
memastikan bilangan sel darah merah kita berada pada paras yang mencukupi,
adalah penting untuk kita ketahui apakah punca, simptom, kesan dan rawatan
anemia ini. Dengan ini kita boleh mengambil langkah pencegahan agar tidak
terjadi anemia semasa mengandung.
Masa
mengandung dulu pun, kak ja pernah alami bacaan Hb rendah. Puas lah jugak
kena bebel dengan nurse. Nurse siap pesan makan kerang, bayam, hati ayam dan
jangan lupa tinggikan kaki masa duduk. Ikut lah segala nasihat nurse sebab masa
tu memang tak kenal Shaklee lagi. Alhamdulillah, bacaan HB kembali naik lepas
puas berusaha. Lega. Kalau tak letih jugak kena bebel je kan.
Jom
baca sikit apa punca anemia semasa hamil, simptom, kesan dan cara mengatasi
yang paling selamat.
Apakah
Anemia?
Anemia
adalah keadaan di mana darah dalam badan ibu hamil tidak mengandungi sel darah
merah yang sihat dan mencukupi untuk mengangkut oksigen kepada sel tisu dalam
badan dan bayi dalam kandungan. Semasa mengandung, badan ibu menghasilkan lebih
banyak darah tambahan untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim. Jika ibu
tidak mendapat zat besi ataupun nutrien penting tertentu yang secukupnya, badan
ibu tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi untuk darah
tambahan ini.
Memang
biasa kalau ibu hamil alami anemia ringan semasa mengandung. Tapi ibu juga
boleh mengalami anemia serius akibat kekurangan zat besi, kekurangan vitamin,
ataupun atas sebab yang lain. Anemia menyebabkan ibu berasa letih dan lemah.
Kalau tidak dirawat terutamanya bagi kes anemia serius, mungkin boleh menyebabkan
komplikasi serius kepada bayi dalam kandungan contohnya kelahiran pra matang.
Faktor-Faktor
Penyebab Anemia
Semua
ibu hamil berisiko mengalami anemia kerana masa mengandung mereka memerlukan
lebih Asid Folik dan zat besi berbanding sebelum mengandung. Tapi ada ibu hamil
yang lebih berisiko mengalami anemia disebabkan beberapa faktor seperti
berikut:
ü Mengandung
anak kembar (lebih daripada seorang)
ü Mengandung
pada jarak terlalu rapat antara anak-anak sebelumnya
ü Muntah
dengan banyak atau terlalu kerap disebabkan morning sickness
ü Mengandung
pada usia remaja
ü Tak
mengambil makanan yang kaya zat besi
ü Telah
mengalami anemia sejak sebelum mengandung
Sebab-sebab
kenapa terjadinya anemia.
1.
Anemia kerana kekurangan zat besi.
Anemia ini berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi untuk
menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah. Ia
membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jika kekurangan zat besi
maka darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada tisu di seluruh
badan.
Kekurangan
zat besi adalah punca anemia yang paling biasa semasa kehamilan.
2.
Anemia kerana kekurangan folat. Folat,
juga dikenali sebagai asid folik, adalah sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat
untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuk sel darah merah.
Ketika
mengandung, wanita perlu folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak
mendapat cukup dari diet mereka. Apabila ini berlaku, tubuh tidak boleh
menghasilkan cukup sel-sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu di
seluruh badan. Sebab tu kalau kita pregnant, doktor akan suruh kita amik asid
folik.
Kekurangan
folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti
kecacatan tiub neural (spina bifida) dan baby yang kurang berat.
3.
Anemia kerana kekurangan vitamin B12.
Badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Wanita mengandung
jika tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanan, badan tidak boleh
menghasilkan sel darah merah. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk
tenusu, telur dan mempunyai risiko yang lebih besar untuk membangunkan
kekurangan vitamin B12, yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran,
seperti keabnormalan tiub neural, dan boleh membawa kepada kelahiran pramatang.
Simptom-Simptom
Anemia Semasa Mengandung
Antara
simptom-simptom anemia yang biasa dan kerap dialami ibu hamil ialah:
·
Kulit, bibir, kuku yang pucat
·
Berasa penat dan lemah
·
Rasa pening-pening
·
Rasa tak cukup nafas atau nafas pendek
·
Degupan jantung yang laju
·
Terlalu fokus
Oleh
itu, adalah penting untuk menjalani ujian darah sepanjang tempoh kehamilan
untuk pastikan tak terlepas pandang sekiranya ibu mengalami anemia dan rawatan
yang sepatutnya dapat diberikan.
Cadangan
Supplement Untuk Membantu Mencegah Anemia Pada Ibu Mengandung
Untuk
membantu mencegah anemia, ada beberapa supplement semulajadi dan selamat yang
bagus diambil oleh ibu mengandung untuk mengekalkan paras hemoglobin pada tahap
normal. Antaranya ialah:
1. Vita-Lea
Iron Formula – Multivitamin yang diperkaya dengan zat besi dan membekalkan
jumlah Asid Folik yang diperlukan oleh ibu mengandung setiap hari. Juga
bertindak sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga segera.
Menggalakkan pemulihan sel tubuh. Membantu melancarkan fungsi sistem dalaman
badan. Menguatkan sistem imun dll.
2. B-Complex
– Membekalkan kumpulan lengkap Vitamin B iaitu 8 jenis Vitamin B yang
diperlukan untuk kerja penyelenggaraan dan pemulihan badan. B1, B2, B3, B6,
biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan
karbohidrat kepada tenaga. Asid Folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel
darah merah di dalam tubuh.
3.
Sustained Release Vitamin C – Vitamin C dengan pelepasan berperingkat
dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan yang diperlukan tubuh. Ia
membantu menyokong kesihatan tulang, gigi, gusi, darah, jantung dan sebagainya.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment