Lesu
dan letih serta merasa lemah badan memang biasa terjadi kepada golongan dewasa
terutama kaum ibu. Kelesuan yang berpanjangan semestinya mengundang rasa yang
tidak selesa dan mungkin akan menganggu prestasi dan fokus seseorang.
Sebagai
wanita, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga dan berkerjaya pasti
rasa kelesuan dan letih ini sangat-sangat menganggu tugasan harian. Maklumlah,
kena bahagikan masa dan terkejar-kejar untuk sediakan keperluan suami, anak-anak
dan diri sendiri.
Bagaimana
nak hilangkan rasa penat melampau ni? Dah cuba macam-macam tapi masih belum
berkesan juga. Kak ja cuba kongsikan cara yang mudah untuk hilangkan letih dan
lesu demi keharmonian rumah tangga dan keluarga.
Cara
Hilangkan Letih Dan Lesu Badan
1.
Ambil Sarapan Pagi
Rasanya
semua orang pun tahu kan? Sarapan ni sangat penting untuk memulakan awal pagi
kita. Jangan tinggalkan sarapan kerana sarapan membantu kita kekal cergas
sepanjang hari. Bak kata Mat Salleh, ‘Breakfast Like A King’. Jadi, sarapan lah
untuk dapatkan tenaga awal pagi.
2.
Tidur Yang Cukup
Kalau
kita kurang tidur atau ada masalah tidur, memang boleh mengganggu jadual
seharian kita. Kepala terasa melayang-layang dan pening, badan pula terlalu
lemah dan lesu. Memang tak mampu nak buat apa kalau kurang tidur. Apatah lagi
jika ada masalah Insomnia. Bertambah-tambahlah masalah penat kita.
Sebaik-baiknya,
cuba tidur sebentar waktu tengahari sebelum masuk waktu Zuhur. Ini dipanggil “Qailullah”.
Tidur pada waktu ni memang sangat-sangat membantu mengatasi masalah mengantuk,
letih dan lesu. Tak percaya..cubalah. Dapat lelepa sekejap pun dah cukup. Tapi
jangan terlajak tidur bagi yang bekerja tu.
3.
Minum Air Yang Cukup
Badan
yang kekurangan air memang membuatkan kita rasa tidak bermaya sepanjang hari.
Minum air secukupnya untuk pastikan badan kita sentiasa terhidrat.
4.
Elakkan Obesiti
Kegemukan
atau obesiti membuatkan kita rasa lemah badan. Badan terasa berat untuk
melakukan sebarang aktiviti. Senang cakap..rasa malas je.
Jadi
cuba sedaya upaya untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Ambil pemakanan
yang berkhasiat dan buat detoks untuk memulakan perjalanan menurunkan berat
badan.
Jika
perlukan jurulatih untuk menurunkan berat badan, cari jurulatih yang
benar-benar memahami konsep menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Sekarang ni
ramai yang boleh bantu turunkan berat badan dan mudah nak cari di media sosial
sama ada Facebook atau Instagram.
5.
Ambil Suplemen Berkesan
Amalkan
suplemen yang boleh berikan tenaga segera dan juga kekal bertenaga sepanjang
hari. Pastikan juga kalian cek kandungan gula di dalam suplemen yang memberi
tenaga ni. Jika kandungan gula tinggi, ia memang memberi tenaga segera tetapi
ia boleh memudaratkan kesihatan pula di kemudian hari.
Bertenaga
Dengan Shaklee
Sekiranya
ingin mencuba makanan tambahan yang semulajadi, sangat disyorkan
mengambil Cinch Energy Tea, Performance Drink atau ESP yang dalam
bentuk serbuk atau VitaLea dalam bentuk tablet.
Cinch
Tea
Cinch
Tea merupakan gabungan bahan-bahan ekslusif Teh Hijau Matcha, ekstrak Teh
Merah (Teh Hitam), ekstrak Teh Putih (Teh Hijau Muda), ekstrak Teh Merah
Rooibos dan Taurina.
Cinch
Tea ni sangat tinggi dengan anti-oksidan dan sangat membantu meningkatkan
metabolisma tubuh sehingga 4x ganda. Sekaligus ia sebagai pembekal tenaga dan
juga pembakar kalori yang membantu untuk kurus.
Performance
Drink
Performance
Drink merupakan minuman yang kaya ion yang membantu mengekalkan elektrolit
dalam tubuh. Ini sekaligus mengekalkan cecair dalam tubuh, mengelakkan kehilangan
cecair dan mengelakkan terjadinya hidrasi dalam tubuh yang menjadi punca
keletihan.
ESP
(Energizing Soy Protein)
ESP memang
terkenal sebagai serbuk soya non-GMO yang menjadi pembekal tenaga kerana
mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Selain itu, ia turut berfungsi
memberi rasa kenyang berpanjangan.
VitaLea
VitaLea adalah
multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis mineral dan vitaminyang
diperlukan oleh tubuh. Kaya dengan Zat Besi bagi mencegah anemia dan
sangat terkenal sebagai energy booster.
Oleh
itu, kalau memang badan terasa sangat letih dan lesu, jangan biarkan ia terus
membelenggu diri kita. Usahakan pelbagai cara yang mana bersesuaian dengan
tubuh kita untuk terus kekal cergas bertenaga.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment