Adalah sesuatu yang menggembirakan apabila dapat tau diri mengandung.
Lebih-lebih lagi pada yang bakal menjadi ibu setelah sekian lama ikhtiar,
berusaha dan menanti dengan penuh sabar. Dan sebagai bakal ibu, perlulah
memberi perhatian terhadap keperluan yang perlu dibuat apabila dapat tau diri
hamil.
So, kak ja nak sharekan sikit
apa persediaan dan keperluan wanita mengandung yang perlu diambil tahu.
1. Buka buku ‘pink.
Bila dah check UPT kat rumah, dah naik double line…dah confirm lah awak hamil.
Jadi, jangan berlengah untuk ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk buka buku pink. Sebelum nak ke klinik tu, jangan lah lenggang mak leha pulak ye. Bawalah dokumen perlu seperti salinan kad pengenalan suami isteri dan salinan sijil nikah (ni penting tau). Nak buka buku pink ni memang ambil masa yang lama. So, jangan lupa ambil sarapan pagi sebelum ke klinik. Kang tak memasal berguling lapar pulak. Hihi…
2. Jaga emosi.
Sangat penting bagi ibu hamil
jaga emosi. Orang yang berpengalaman selalu pesan, jaga emosi semasa hamil.
Elakkanlah mood2 negatif ni. Sebab boleh mempengaruhi bayi dalam
kandungan.
3. Jaga pemakanan.
Bila mengandung, tak bermakna ibu kena makan apa sahaja yang disukai.
Pemakanan perlulah dijaga. Ada yang
cakap, "ala...takpe makan untuk 2 orang". "Kau kan tengah
mengandung, makan je". Janganlah macam tu. Sebenarnya ibu hamil perlu sangat
jaga pemakanan harian mereka. Pastikan keperluan nutrisi cukup untuk ibu dan
bayi dalam kandungan. Elakkan makanan yang manis, yang mengandungi banyak MSG,
jeruk dan asam serta makanan yang mengandungi pewarna tiruan. Sebab makanan
yang tak berkhasiat ni boleh mengganggu tumbesaran sihat bayi dalam kandungan.
4. Ambil vitamin atau makanan
tambahan
Pengambilan suplemen sepanjang tempoh kehamilan
juga perlu. Sebenarnya bukan semasa hamil sahaja, tapi suplemen ni memang perlu
ambil setiap hari. Sebab makanan yang kita makan setiap hari tu dah tentu tak
cukup keperluan nutrisinya. Untuk ibu hamil pula, sangat-sangat perlu ambil
asid folik. Ini untuk mengelakkan bayi mengalami masalah Spina bifida.
5. Persiapan awal
Ibu-ibu perlu buat persiapan
awal dari segi mental dan fizikal. Beli barangan bayi sedikit demi sedikit.
Jangan tunggu saat-saat akhir baru nak buat persiapan. Nak bersalin ni memang
banyak guna duit. Jadi buat persiapan awal. Dan pastikan bawak barang-barang
keperluan bayi dan ibu semasa bersalin nanti ke mana-mana sahaja. Buku pink juga perlu di bawa ke mana sahaja ibu pergi. Standby je
beg kecil dalam kereta.
6. Cari maklumat.
Bila mengandung, rajin-rajinlah membaca. Cari ilmu, cari info tentang kehamilan.
Ini sedikit sebanyak dapat
membantu para ibu menghadapi proses kehamilan dan bersalin dengan lancar. Selain
itu, bakal ibu boleh juga bertanya pada orang yang berpengalaman. Pasti banyak
nasihat dan pengalaman yang boleh dikongsikan.
Inilah sedikit sebanyak yang
boleh kak ja kongsikan dengan para ibu semua berdasarkan pengalaman kak ja
sendiri. Semoga ianya dapat memberi manfaat buat ibu-ibu semua.
Kalau ada antara ibu yang
mencari set kesuburan, kehamilan boleh hubungi kak ja.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan
set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul
apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port
Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur
Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi
Terbaik
Blog : feizasihatcantik.blogspot.com
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175
288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment