Inilah antara doa yang bagus untuk wanita yang boleh diamalkan setiap hari.
Ini doa yang selalu kak ja baca setiap kali selepas solat. Bukan hanya pada waktu pagi sahaja tau. Mintalah dengan Allah rezeki yang berkat, ilmu yang bermanfaat dan semoga diterima segala amalan kita.
Doa ini pun boleh dibaca setiap awal pagi sebelum mulakan aktiviti harian.
Mintalah dengan Yang Maha Pemberi rezeki yang halal.
Dan ini doa untuk anak. Jangan pernah berhenti berdoa untuk anak2 kita. Doa ibu kan tiada hijabnya.
Selain berdoa, jangan lupa banyakkan berzikir. Banyak zikir yang boleh diamalkan sepanjang kita lakukan aktivi harian kita. Insyaallah, bila kita tak lupakan Allah...Allah juga tak akan lupakan kita.
Mintalah dengan bersungguh-sungguh.
Tapi nak berdoa ni, tak semestinya dalam bahasa Arab. Boleh je dalam bahasa rumi. Doalah, mintalah apa yang nak diminta. Tapi jangan lupa selitkan dengan usaha. Berdoa sahaja tanpa usaha pun tak boleh.
Semoga bermanfaat untuk semua.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment