Siapa
sini yang selalu alami senggugut?
Apa itu senggugut?
Senggugut
atau istilah perubatannya ialah dismenorea (satu keadaan di mana seorang
wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan
haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan period. Ia
mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami
setiap kali datang period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut
yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau
sedikit.
Namun
begitu, kak ja yakin kebanyakan kaum perempuan pernah alami senggugut ni kan?
Dulu, masa zaman bujang memang selalu sangat lah datang senggugut ni. Pernah
kak ja sampai tertonggeng-tonggeng, berguling-guling tahan sakit. Dengan rasa
tak selesa nya lagi. Allah je lah yang tau.
Abah
sampai bawak kak ja pergi farmasi beli ubat tahan sakit. Makan sebiji, adalah
dalam 2 bulan tak kena senggugut. Tapi, bulan berikutnya senggugut datang balik.
Alhamdulillah,
lepas kenal Shaklee, masalah senggugut tiada lagi.
Tapi,
sebelum tu kak ja nak share sikit lah tips untuk atasi rasa sakit akibat
senggugut. Mana tau, sedikit sebanyak boleh membantu korang kan.
1. Amalkan sikap positif dan
bertenang
Jangan
terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Cuba buat perkara lain yang boleh
menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.
2. Awasi pengambilan garam
dalam makanan
Pengambilan
garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh
menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan
contoh makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makan seperti ini
beberapa hari sebelum haid.
3. Gunakan Pad Pemanas.
Pad
pemanas biasanya ada dijual di farmasi dan ia boleh digunakan untuk melegakan
rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah dan sering
diajar oleh mak-mak kita ialah tuam bahagian perut denga menggunakan botol
berisi air suam. Korang juga boleh mandi air hangat atau suam untuk
mengurangkan kesakitan.
4. Minum Air Suam
Elakkan
minum ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus dengan 5 hiris
halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam.
5. Urutan
Urutan
mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan
minyak urutan lembut. Korang juga boleh mengambil bawang merah yang telah
ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.
Tips
di atas adalah bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Tetapi
untuk menghilangkan atau merawat senggugut, kita memang perlu mulakan dari
dalam iaitu dengan pengambilan supplemen.
Produk
Shaklee juga mencadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu untuk mengatasi
masalah senggugut ini.
InsyaAllah.
Kak ja akan share dengan kalian semua Set Senggugut Shaklee untuk entri akan dating.
Salam
sayang,
Feiza Aziz
No comments:
Post a Comment