Assalamualaikum
uolss…
Lama
bebenor kak ja tak update blog kan. Hanyut betul dibuatnya. Hahaha…
Ha..ni
dah timbul ni, kak ja nak share tentang anemia. Sebut je tentang anemia, mesti
ramai ibu2 mengandung yang alami masalah ni kan? So, meh kita pahamkan apa itu
anemia, bagaimana ia boleh berlaku, dan apa rawatan yang boleh diambil.
Apa itu anemia?
Penyakit
anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah
(hemoglobin) berada di bawah aras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam
sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantar ke
seluruh bahagian tubuh.
Tapi,
bila kita menghidap anemia, tubuh badan kita tidak menghasilkan sel darah merah
yang mencukupi. Maka dengan itu, kita tak dapat bekalan oksigen yang cukup dan
akibatnya kita akan berasa penat.
Seseorang
individu dikenal pasti menghidap anemia apabila bacaan hemoglobin (Hb) tak
sampai 13.5 G/DL (lelaki), manakala bagi perempuan, bacaan hemoglobin kurang
11.5 G/DL.
Apa Punca Anemia?
Punca
utama anemia disebabkan kekurangan zat besi.
Faktor
lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara
berlebihan (hemolisis) atau pembentukan sel darah merah yang tak berkesan
(hematopoiesis), pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik,
gangguan fungsi sumsum tulang atau menghidap penyakit kronik tertentu seperti
kanser dan HIV/AIDS.
Selain
itu, penyakit kurang darah juga dipengaruhi oleh :
1. Faktor
keturunan
2. Kekurangan
pengambilan suplemen kesihatan.
3. Penyakit
dan gangguan usus serta operasi yang berkaitan dengan usus kecil.
4. Pendarahan
haid yang berlebihan.
5. Kehamilan.
6. Penyakit
kronik seperti kanser dan kegagalan buah pinggang.
Penghidap
anemia biasanya mudah berasa penat bila melakukan aktiviti walaupun dalam
tempoh yang singkat. Ini sebab badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
Namun begitu, bila anemia bertambah nuruk, badan boleh mengalami perubahan
fizikal ketara seperti kulit pucat, kuku rapuh, dan luka pendarahan ambil masa
lama untuk berhenti.
Gejala
lain yang berkaitan anemia termasuk :
·
Sesak nafas.
·
Mudah marah.
·
Lesu.
·
Pening.
·
Tangan dan kaki sejuk.
·
Denyutan jantung cepat atau tak teratur.
·
Tak berupaya tumpukan perhatian atau
berfikir dengan jelas.
·
Sakit dada.
·
Lemah tenaga batin.
Tau
tak. Wanita lebih berisiko menghidap
anemia.
Wanita
yang berada dalam umur reproduktif berisiko tinggi kekurangan zat besi kerana
kehilangan darah sewaktu tempoh haid mereka. Kira-kira 1 daripada 5 wanita
dalam usia boleh hamil menghidap anemia.
Wanita
hamil juga berisiko tinggi kerana mereka memerlukan 2 kali leb anda.
banyak
zat besi daripada biasa. Zat besi tambahan diperlukan untuk meningkatkan jumlah
darah dan pertumbuhan janin.
Kira-kira
separuh daripada semua wanita hamil mengalami anemia. Keadaan ini boleh
menyebabkan risiko wanita hamil melahirkan bayi pra-matang atau berat badan bayi
rendah.
Rawatan Untuk Anemia
Ketika Hamil
Biasanya
doctor akan nasihatkan supaya ambil khasiat tambahan zat besi atau asid folik
bagi menampung kekurangan vitamin prenatal.
Doktor
juga akan menyarankan anda menambah pengambilan makanan yang tinggi kandungan
zat besi dan asid folik dalam diet harian anda.
Penghidap
juga akan diminta menjalani ujian darah dalam tempoh masa tertentu bagi
memeriksa tahap hemoglobin dan hematokrit dalam badan.
Selain
itu, penghidap anemia juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk meningkatkan
hemoglobin dalam badan.
Shaklee
juga ada menyediakan suplemen yang sesuai untuk membantu mereka yang menghidap
masalah anemia.
InsyaAllah.
Kak ja akan share suplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Stay
tuned.
Salam
Sayang,
Kak Ja
PengedarShaklee
Anda
No comments:
Post a Comment