Assalamualaikum.
Harini
kak ja nak share dengan korang semua tips mudah untuk kesihatan pencernaan.
Kesihatan pencernaan sebenarnya dipengaruhi secara langsung oleh jenis makanan
yang diambil selain amalan gaya hidup yang dipraktikkan. Kena tau, 1001 penyakit
berpunca dari perut tau. Jadi, tolong jangan abaikan pengambilan makanan dan minuman harian korang.
Dengan
mengikuti beberapa tip ini, system pencernaan korang pasti mampu berfungsi
dengan lebih efisien sekaligus menjadikan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Makanan Tinggi Serat.
Pernah
dengar tak makanan yang tinggi serat? Antaranya, makanan yang kaya dengan
biji-bijian, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan yang mana semua ini mampu
meningkatkan kesihatan pencernaan. Kumpulan pemakanan ini juga dipercayai mampu
mengelakkan sembelit.
Hadkan Makanan Tinggi Lemak
Kalau
nak tau, makanan yang tinggi kandungan lemak jugak boleh melambatkan proses
pencernaan sekaligus menyukarkan buang air besar. Sebab itu, makanan seperti
itu perlu dielakkan bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Pengambilan Probiotik Dalam Makanan
Sebenarnya,
probiotik adalah sejenis bakteria sihat yang terdapat dalam saluran pencernaan.
Ia berfungsi untuk menjaga tubuh badan agar tetap sihat sekaligus melawan kesan
daripada amalan pemakanan yang kurang sihat, antiobiotik dan stress. Probiotik
juga membantu meningkatkan penyerapan nutrisi, memecah Laktosa, menguatkan system
imun badan dan mengubati sindrom iritasi di bahagian usus besar. Antara
probiotik yang disyorkan ialah yogurt rendah lemak.
Minum Air Putih
Ramai
yang dah tahu manfaat air putih. Di samping bagus untuk kesihatan, air putih
juga berupaya melarutkan lemak dan serat ke dalam tubuh.
Elak Tabiat Buruk
Ha…part
ni mungkin ramai yang kurang bersetuju. Dan mungkin ada juga yang tak nak
mengaku mempunyai tabiat buruk. Pengambilan alcohol, minuman berkafein, dan
merokok sebenarnya mengganggu fungsi system pencernaan. Seterusnya boleh
akibatkan penyakit gastric. Oleh itu, cuba elakkan diri daripada melakukan
tabiat buruk tersebut.
Senaman Secara Teratur
Ramai
yang tahu bahawa senaman yang dilakukan secara teratur dikatakan mampu mengawal
kenaikan berat badan. Ini kerana, berat badan yang sesuai dan ideal
mempengaruhi kesihatan pencernaan.
Kena
ingat tau. Kesihatan pencernaan mempunyai pengaruh yang besar terhadap
kesihatan keseluruhan tubuh badan. Oleh itu, jangan sekali-kali memandang
rendah dan mengabaikan kesihatan pencernaan anda.
Shaklee
juga turut menyediakan supplement yang sesuai untuk system pencernaan.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment