Thursday, 13 April 2017

Abai Gejala Serangan Jantung, Punca Kematian Mengejut.





Sejak akhir-akhir ini, banyak kematian mengejut dilaporkan. Sebahagian besarnya adalah berpunca daripada masalah jantung. Ia merupakan salah satu punca kematian UTAMA di Malaysia. Dan yang lebih membimbangkan, serangan jantung menyerang tidak mengira usia apabila jumlah golongan muda yang menjadi mangsa serangan jantung makin meningkat.

Serangan jantung adalah satu kecemasan yang memerlukan bantuan perubatan segera. Jika tidak ia boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke jantung. Saluran menjadi sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Plak-plak yang tidak stabil ini boleh pecah dan seterusnya membentuk darah beku yang akan menghalang saluran darah secara keseluruhan.

Tau tak? Di Malaysia, kejadian serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 orang dalam setahun dan menyebabkan kira-kira 7% kematian di hospital.

Apa Puncanya?

Antara faktor-faktor serangan jantung yang utama adalah :

1. Jantina, di mana lelaki lebih berisiko berbanding wanita.
2. Individu yang berusia lebih 45 tahun juga berisiko tinggi.
3. Individu yang menghidap penyakit diabetes.
4. Pesakit darah tinggi.
5. Perokok tegar.
6. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.
7. Obesiti.
8. Individu yang mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Simpom-simptom penyakit jantung

Simptom utama serangan jantung adalah sakit dada seperti dihempap objek berat atau seperti tekanan. Ia mungkin diiringi dengan rasa kebas di sepanjang lengan kiri dan leher, loya serta muntah-muntah. Bagaimanapun, tak semua pesakit akan mengalami symptom ni. Kalau ada keraguan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat perubatan.

Kebanyakan individu tidak mengendahkan symptom seperti menganggap sakit dada adalah masalah kesihatan biasa. Jika tidak segera ditangani ia boleh mengakibatkan kerosakan jantung atau mengalami komplikasi seterusnya seperti kegagalan fungsi jantung. Kebiasaannya, mereka akan mengadu sesak nafas ketika melakukan senaman atau sedang berehat.

Rawatan

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis serangan jantung.
1. Infark Miokardium beserta peningkatan segmen ST (STEMI).
2. Infark Miokardium tidak beserta peningkatan segmen ST (Bukan STEMI).
3. Agina tidak stabil.

ST yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada segmen ST yang dirakam di ECG. ECH yang normal mempunyai gelombang P, kompleks QRS dan gelombang T. Salah satu cara mengklasifikasikan serangan jantung adalah dengan perubahan kepada segmen ST dalam ECG.

Kebiasannya sejurus tiba di hospital berdasarkan jenis serangan jantung (melalui pemeriksaan ECG dan ujian darah) doctor yang merawat akan menentukan rawatan yang sesuai untuk pesakit. Ia mungkin dengan pemberian ubat-ubatan berasaskan prosedur seperti angioplasy (pembedahan nyah halangan salur darah) selepas pesakit stabil di jabatan kecemasan, pesakit akan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan pemerhatian lanjut.

Terdapat situasi kronik di mana serangan jantung disusuli dengan terhentinya degupan jantung sebelum pesakit sempat tiba di hospital. Oleh itu, sangat penting bagi mereka yang berada di sekeliling pesakit ketika serangan terjadi, untuk melakukan CPR (cardio-pulmonary resuscitation). Tindakan ini meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup.

Pesakit yang pernah mengalami serangan jantung perlu mengambil ubat yang ditetapkan. Kebanyakan ubat-ubatan ini perlu diambil sepanjang hayat kerana sifatnya untuk menstabilkan bukan merawat jantung.Pesakit perlu mendapatkan nasihat doctor sebelum berhnti mengambil ubat-ubatan. Kegagalan berbuat demikian mungkin boleh membawa bahaya atau maut.

Dalam entri seterusnya, kak ja akan berkongsi supplement Shaklee yang sesuai untuk pesakit jantung. Terus setia dengan kak ja tau.

Salam penuh kasih sayang,

Feiza Aziz
Your Trusted SID.
Pengedar Shaklee Anda




No comments:

Post a Comment