Saturday, 10 June 2023

Testimoni Shaklee Saya

Assalamualaikum semua.
Terima kasih sebab korang masih sudi melayari blog kak ja. Bagi yang baru pertama kali menjejaki blog kak ja ni, rajin-rajinlah cari info yang bermanfaat ye.

Oklah. Kali ni kak ja nak kongsikan dengan korang semua pengalaman kak ja kena chicken pox. Tapi bukan kak ja sorang. Kena pulak berjemaah dengan anak dara kak ja yang berumur 10tahun. 


Dan kak ja rasa inilah testimoni Shaklee kak ja yang paling best abad ni.

Ceritanya macam ni. Bulan 5 haritu, kitorang ni dah beberapa hari asyik demam je. Dah tu demamnya on off pulak tu. Pagi demam, ambil panadol, ambil suplemen...deman kebah. Lepastu malam demam balik. Begitulah selama hampir 3 hari. Selera makan pun hilang. Apa sahaja yang lalu kat tekak, semuanya takde rasa. Kak ja bancuh ESP 

campur dengan performance drink untuk hilangkan rasa payau kat tekak. Oklah...rasa segar sikit.

Masuk hari ketiga demam, naik macam jerawat besar kat bahagian hidung kak ja. Maira pulak bagitau kat badan dia naik bintik-bintik berair. Kak ja siap cakap, mungkin badan terlalu panas kot. Eh...rupa-rupanya kat badan kak ja pun naik bintik berair tu dan agak besar. Cuma kak ja je yang tak perasan sebelum ni. Kitorang siap pecahkan tau bintik berair tu. Dan yang bestnya, kitorang boleh pergi 2 kenduri kahwin tau. Masa tu badan dah rasa tak selesa sebenarnya. Tapi kuatkan diri jugak. Sebab dah lama tak pergi jemputan kahwin. Hahaha...

Esok paginya tu bangun tidur, nah! Naik bintik-bintik besar kat hampir seluruh muka. Macam nak nangis bila tengok muka sendiri kat depan cermin. Lepastu kak ja perasan kat tangan naik gelembung air. Terus bagitau suami, mintak tolong bawa pergi klinik. Rasa down sangat masa tu. Masa tu tak terpikir lagi yang kak ja dan anak kena chicken pox. Masih cuba mengatakan yang kak ja allergic ubat rasanya. Hahaha....

Sampai klinik, Alhamdulillah. Proses pendaftaran, jumpa doktor dan ambil ubat sangat cepat. Rupa-rupanya sah dan nyata yang kami kena chicken pox. Maklumlah seumur hidup kak ja tak pernah kena. Tu yang tak tau tu. Umur dah nak masuk 43tahun baru chicken pox datang menyapa 😂. Apalagi, kuarantin lah kami dua beranak. Oklah, ada juga peneman kan.

Sepanjang tempoh kuarantin, kak ja tak tinggalkan ubat dan suplemen. Sebab ada ubat yang kak ja perlu ambil untuk elakkan ianya jadi lebih teruk. So, pandai-pandailah adjust waktu makan ubat dan suplemen. Alhamdulillah, anak kak ja ni pun jenis yang 'kuat' dan senang telan ubat. So, kerja kak ja jadi lebih mudah.

Setiap hari, kitorang memang sangat-sangat jaga pemakanan dan suplemen. Nak cepat sihat kan. Kena lah disiplinkan diri. Kak ja ikut juga petua orang dulu-dulu. Air kelapa minum setiap hari. Elakkan kena hujan, sebab katanya nanti chicken pox tu boleh bernanah. Bila tengah tak sihat, tekak memang rasa payau. Bancuh ESP dan performance drink. Kak ja memang suka bancuh dengan air sejuk. Minum lah dengan anak dara kak ja. Perut pun kenyang. Lagipun nak cepat hilangkan parut chicken pox ni, kenalah rajin minum ESP.

Vitamin c kak ja ambil 3 biji sehari. Pagi, petang dan malam. Anak kak ja ambil sebiji vitamin c dàn 3 biji hero kiddo. Vitamin c dengan hero kiddo ni bagus lah untuk mantapkan imun badan. Kak ja topup lagi dengan Vivix, Alfalfa, Dtx Complex, Vita-Lea Iron dan Ostenutrix. 

Alfalfa dan Dtx tu kak ja ambil untuk detoks. Lagi satu, bila kak ja ambil dua² vitamin ni, kak ja perasan chicken pox kak ja ni cepat je keluar dan 'matang'. Vita-Lea tu untuk cover balik nutrisi yang tak cukup dalam badan. Maklumlah, bila tak sihat ni makan pun tak menentu. Lepastu waktu malam, kami dua beranak ambil ostenutrix sebelum tidur. Korang pun tau kan. Bila kena chicken pox ni, gatalnya tak boleh nak cakap. Kalau terjaga, mesti rasa nak garu. Tapi bila dah telan ostenutrix, lena lah sikit tidur tu.

Oh ye. Lagi satu, kitorang memang sapu krim herbal blend untuk sapu seluruh muka dan badan. Sebab krim herbal blend ni bebas paraben. Jadinya memang selamat nak sapu kat kulit terutama bahagian muka. Bila sapu tu, rasa sejuk dan kurang lah sikit rasa gatal tu. Kak ja tak cari pun daun semambu sebab tak tau nak cari kat mana. Nasib baik ada krim ni sebagai penyelamat. Tengoklah tu. 


Habis bekas krim tu kak ja potong. Guna sampai licin. Sepanjang kena chicken pox ni, kak ja guna 2 tiub krim. Memang puas hati lah.

Alhamdulillah, masuk hari keempat chicken pox makin baik. Gatal-gatal pun dah kurang. Chicken pox dah makin kering. Syukur sangat. Dan yang paling best, parut yang ditinggalkan taklah terlalu teruk. Boleh tengok gambar yang kak ja share ni.



Anak dara kak ja, memang laju minum ESP setiap hari. Sampai sekarang, memang dia tak skip. Katanya nak kulit lebih cantik dari sebelum kena chicken pox 😆.

Syukur sangat sebab kak ja kenal Shaklee dah lama. Kalau tak, jenuh jugak nak hilangkan parut chicken pox ni. Semoga perkongsian testimoni Shaklee kak ja ni sedikit sebanyak dapat beri manfaat pada pembaca semua. Dan semoga ada rezeki kak ja untuk dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com .

Korang yang nak dapatkan produk Shaklee, nak jana pendapatan degan Shaklee, jangan lupa roger kak ja ye.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia.



Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-6175 288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment