Pernah dengar diet IF? Mestilah pernah kan.
Sekarang ni Intermittent Fasting (IF) ni merupakan salah satu diet yang
semakin mendapat perhatian di Malaysia tau. Bukan setakat kita yang golongan
marhaen ni je yang buat IF. Golongan selebriti pun mencuba juga IF ni. Dan kak
ja sendiri pernah cuba buat diet IF ni. Hasilnya? Alhamdulillah, memang
memuaskan.
APA ITU INTERMITTENT FASTING (IF)?
Intermittent fasting (IF) adalah satu kaedah diet di mana kita perlu ‘berpuasa’
dan hanya makan pada tempoh masa tertentu. Ha..macam mana pulak tu?
Dengan cara yang lebih mudah faham, Intermittent
Fasting (IF) ni lebih menumpukan bila waktu untuk kita makan dalam tempoh yang
terhad. Jadi dengan cara ini,dapat merehatkan perut, hati dan usus kita dalam tempoh
masa kita ‘berpuasa’.
Intermittent Fasting ni bukan sahaja membantu mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi juga turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh ber'puasa'.
Cumanya,
Intermittent Fasting (IF) ni sangat best sebab kita masih dibolehkan untuk
minum pada tempoh waktu ‘berpuasa’ bagi mengelakkan dehidrasi. Berbeza
tau dengan puasa sebenar. Di mana kita tak boleh langsung makan dan minum pada waktu
berpuasa. Best kan?
BAGAIMANA NAK
MULAKAN INTERMITTENT FASTING?
Ok, bagi yang nak cuba buat Intermittent Fasting ni, sebenarnya ada banyak cadangan jadual IF yang boleh kita ikuti. Antara kaedahnya :
Puasa 12 jam, makan
12jam
Puasa 16 jam, makan
8 jam
Puasa 20 jam, makan
4 jam
Tapi untuk yang baru nak mula berjinak-jinak dengan Intermittent Fasting (IF) ni, kak ja cadangkan buatlah 12:12 dahulu. Iaitu puasa 12 jam, makan 12 jam. Ini jadual yang sesuai untuk ‘beginner’. Maknanya kalau kali terakhir kita makan pukul 8.00 malam, esok jam 8.00 pagi barulah kita ambil sarapan. Sebenarnya kan, semasa kita tidur malam, itu dah tempoh kita ‘berpuasa’ sebab kita tidak makan. Jadinya, tempoh kita makan memang dah kurang. Tau-tau je dah tinggal 3 jam je kita ‘berpuasa’. Tetapi semasa tempoh ‘berpuasa’ tu, boleh je minum macam biasa. Tapi pastikan minuman yang tidak mengandungi gula atau susu. Paling senang, minum lah air masak je.
Bila dah biasa dan rasa sesuai dengan tempoh 12:12, bolehlah lebihkan masa berpuasa kepada 16jam. Sebenarnya, lagi lama kita ‘berpuasa’, lagi bagus dan lagi cepat untuk kita mendapat hasil yang terbaik.
Tetapi kena ingat, dalam tempoh makan perlulah juga kita jaga pemakanan.
Tidaklah bermaksud boleh makan apa sahaja tanpa mengambil kira keperluan kalori
kita. Kalau macam tu, tak menjadi lah Intermittnet Fasting kita tu. Kena
kurangkan pengambilan makanan yang bergula, makanan berproses dan makanan yang
berminyak. Digalakkan sangat untuk ambil makanan yang 0 kalori. Banyakkan pengambilan
makanan yang tinggi sumber protein dan sayur-sayuran. Jadi, ini akan
mengurangkan rasa lapar pada pengamal. Atau korang boleh juga amalkan teh hijau.
Sebab teh hijau ni sangat-sangat membantu mengurangkan rasa ‘craving’.
Tapi…walaupun mengamalkan diet Intermittent Fasting, janganlah lupa
untuk buat sedikit senaman. Sebab dengan senaman juga membantu proses pembakaran
lemak dengan cepat. Baru lah cepat dapat capai target yang diidamkan.
Walau bagaimanapun, Intermittent Fasting ni tidak semestinya berkesan
untuk semua orang kerana masing-masing mempunyai jenis badan yang berbeza. Nak
lagi best, cubalah buat secara berkumpulan. Cari group support atau partner
yang dapat buat bersama-sama. Kerana
bila sesuatu kita lakukan secara berkumpulan, insyaAllah hasilnya lagi mantap.
Kalau nak dapatkan info lebih lanjut tentang Inttermittent Fasting ni,
boleh juga baca artikel di sini.
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeseremban
#pengedarshakleesenawang
Terima kasih atas info ini sahabat.
ReplyDelete