Friday, 26 May 2017

Atasi Masalah Gastrik Dengan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum.

Macam dah lama je tak update blog ni kan. Ada yang dah mula rindu ke dengan entri kak ja? He He He…

Oklah. Harini kak ja nak share dengan korang semua tentang penyakit GASTRIK.

Sapa ni yang sering kena gastrik? Kak ja pun ada kalanya kena gastrik jugak. Especially, bila langgar waktu makan. Kadang-kadang kalau arini makan awal, esok lewat sikit makan…maka mulalah gastrik datang menyerang.

APA PUNCA GASTRIK?




Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.


Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Sebenarnya, Shaklee ni sangat-sangat prihatin dengan masalah kesihatan manusia seantero dunia ni. Oleh sebab itu, terhasil lah jugak set gastrik Shaklee. Apa yang terkandung dalam set ni?

SET GASTRIK SHAKLEE

Energizing Soy Protein (ESP)



ESP ni dirumus khas untuk memulihkan dan membina sel-sel sihat dalam perut. Lepas minum ESP ni, memang terasa perut lega sikit. Bagi mereka yang tak suka minum susu, boleh ambil ESP sebagai minuman harian. Rasanya memang sedap ditambah dengan haruman perisa vanilla yang menyegarkan.

ESP ni boleh juga dibancuh dengan minuman kegemaran seperti tamar cocoa, minuman yogurt, jus buah-buahan, performance drink atau sebagainya. Tapi, jangan sesekali korang bancuh dengn minuman panas, berkarbonat atau berkafein pulak. Memang hilang lah khasiatnya. ESP ni memang sesuai untuk individu yang ada gastrik.

Alfalfa Complex



Alfalfa Complex bersifat alkali. Jadi, ia amat membantu mengembalikan kenormalan perut yang berasid. Korang tau kan antara punca gastrik terjadi adalah disebabkan rembesan Asid Hidroklorik yang dah menghakis dinding perut.

Jadi, Alfalfa akan membantu menyeimbangkan tahap pH dalam perut ke paras yang sihat. Asid Hidroklorik ni sangat berasid tau. Boleh sampai melarutkan besi! Haaa.. Bayangkanlah kalau asid ni menghakis dinding perut kita. Memang terasa sakit yang teramat sangat.

Peppermint-Ginger Plus



Kandungan Pudina dalam Peppermint-Ginger Plus bantu melegakan otot perut. Juga sebagai penenang. Ia juga bantu melegakan pedih ulu hati dan cirit-birit.
Kandungan Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
Kandungan Fennel (Jintan Putih) menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut dan membantu dalam masalah alahan pada saluran usus.
Kandungan Cekur Manis (Jintan Manis) melegakan masalah pencernaan

Biasanya lepas ambil Peppermint ni memang asyik buang angin je. Lepas tu, perut memang rasa lega yang teramat sangat.


Ostematrix



Membantu buang angin dalam badan, melegakan sakit gastric, sebagai penenang, ringankan stress, tidur malam lebih lena dan kurangkan sakit kepala


Bagi korang yang menghidap gastrik, boleh lah cuba set di atas.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia


Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment