Apa itu penyakit Gout?
Sejenis penyakit sendi
yang terhasil dari asid uric yang berlebihan. Asid uric terbentuk secara
semulajadi dalam darah yang merupakan serpihan dari pelbagai proses kimia dalam
badan.
Bagaimana Penyakit
Gout Terjadi?
Asid uric yang tak
berguna perlu dibuang melalui buah pinggang dan keluar dari badan melalui
proses perkumuhan. Bila terlalu banyak asid uric dalam badan dan tidak dibuang
dari badan, maka berlakunya pengumpulan asid uric pada sendi.
Asid uric boleh
berkumpul di sendi kaki (biasanya ibu jari), atau sendi tangan, lutut dan
tumit.
Asid uric yang telalu
tinggi dalam badan lama kelamaan akan jadi tepu dan terhasil seakan-akan pasir
kecil macam kristal dalam lendiran sendi. Apabila lendiran sendi tak boleh
pergi ke sendi lain atau tersekat dengan asid uric, bahagian tersebut mula
bengkak dan rasa sakit.
Mana datangnya asid
urik ni?
Asid urik merupakan bahan kumuh dari protein jenis purina. Protein ni ada dalam kebanyakan jenis makanan harian kita, cuma bezanya adalah tahap ketinggian kandungan purina tersebut. Makanan yang tinggi purina adalah seperti organ (hati), daging merah, kekacang dan alkohol.
Gout mula menyerang
dari sendi kaki bila rasa sakit dan membengkak. Ada juga yang rasa panas macam
pijar. Dan keadaan lebih teruk bila kita bergerak atau orang tersentuh tempat
yang kena gout.
Bagaimana Gout Dikesan?
Gout boleh dikesan melalui
dua cara :
1. Mengambil cairan
sendi dan kesan kehadiran Kristal dalam asid uric.
2. Buat ujian darah
bagi memastikan tahap asid uric dalam badan tinggi atau tidak.
Jika anda merupakan
pesakit gout, di sini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu :
1) Dapatkan
ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
2) Elak dari
menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan
air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk
memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
3) Kekalkan berat
badan yang sihat.
4) Tidur yang
mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
5) Elak dihidrasi.
Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.
Takde ke supplement yang
sesuai untuk pesakit gout? Ada. InsyaAllah, kak ja akan kongsikan dalam entry
berikutnya.
Jangan lupa jaga
kesihatan.
Salam sayang penuh
tulus ikhlas,
FEIZA AZIZ
Your Trusted SID
No comments:
Post a Comment