Anda pernah mengalami tekanan yang melampau??
Pernah cuba melakukan perkara di luar dugaan akibat stress???
Hati-hati. Kerana tekanan yang melampau bukan saja boleh memberi kesan kepada diri sendiri. Malah pada orang sekeliling. Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah ini, ia mungkin berpunca dari 'overthinking'.
Sebenarnya teknik berfikir secara mendalam ni ada bagusnya. Tetapi jika tidak dikawal, perkara negatif pulak yang akan timbul.
Tau tak? Apabila terlalu banyak berfikir, kita sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga di minda, dan sekiranya kesudahannya tidak menepati, ia akan mengakibatkan seseorang itu merasa tertekan. Dan apabila tekanan melanda..maka banyaklah panadol yang akan menjadi korban. Huhuhu...
'Overthinking' yang berterusan boleh memberikan banyak tanggapan negatif jika kita selalu berbuat demikian. Selain itu, kita mudah berasa rimas dan sentiasa risau dengan apa juga keputusan yang dibuat.
Hiduplah dalam suasana yang ceria. Elakkan 'overthinking'
Info : Untuk hilang stress atau sakit kepala, saya ambil B Complex. Tak nak telan Panadol lagi.
No comments:
Post a Comment