Bercerita tentang travel, pastinya ia suatu
aktiviti yang menyeronokkan. Namun begitu, sebelum korang nak mulakan percutian,
pastikan korang dah buat perancangan yang sewajarnya agar percutian korang
tidak membosankan dan berbaloi.
Di sini, kak ja nak kongsikan sedikit tips travel untuk korang yang suka melancong samada dalam atau luar negara.
1. Rancang Perjalanan Anda
Dengan adanya jadual perjalanan, ia membolehkan korang
menikmati percutian yang lebih selesa kerana korang tahu lokasi tumpuan yang
ingin dituju atau jenis aktiviti yang akan dilakukan setiap hari.
Dalam erti kata lain, jadual perjalanan merupakan
salah satu persediaan sebelum bercuti yang membolehkan korang mengawal
pergerakan aktiviti, memudahkan urusan dan secara tidak langsung menjimatkan
wang korang.
Korang juga disarankan untuk lakukan kajian
mengenai destinasi percutian korang. Contohnya buat persediaan awal sebelum
bercuti seperti mod pengangkutan, makanan, penginapan dan jangkaan kos
perbelanjaan.
Selain itu, semak juga keadaan cuaca semasa tarikh
percutian pilihan tu. Ini khusus untuk korang yang travel ke luar negara. Ini
boleh membantu korang merancang aktiviti atau pakaian yang bersesuaian
sepanjang percutian anda.
2. Tentukan Bajet Perbelanjaan
Biasanya, setiap percutian memang memerlukan duit
atau perbelanjaan yang banyak. Oleh sebab itu, perancangan bajet penting untuk
mengelakkan korang daripada berbelanja melebihi kemampuan atau peruntukan yang
ditetapkan.
Tetapkan jumlah bajet yang perlu dilaburkan untuk
percutian. Buat kira-kira tentang kos yang akan dikeluarkan sepanjang
percutian tu nanti. Terutamanya kos penginapan, pengangkutan, makanan dan
cenderamata,
3. Persediaan Sebelum Bercuti: Semak Pasport atau
Dokumen Sokongan
Sebelum korang nak buat sebarang perancangan atau
persediaan sebelum bercuti, pastikan semak dahulu tarikh tamat tempoh pasport korang.
Secara asasnya, pasport yang dimiliki mestilah sah untuk tempoh
sekurang-kurangnya enam bulan selepas memasuki negara lain.
Namun begitu, ada juga sesetengah negara yang
membenarkan untuk memasuki negara mereka dengan tempoh sah pasport kurang
daripada enam bulan. Jika tarikh tamat tempoh pasport hampir tamat, cepat-cepatlah
perbaharui pasport tu ye. Ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa
percutian korang tu nanti.
Selain itu, periksa sama ada negara yang korang nak
lawati tu memerlukan visa pelancong atau tidak. Jika ya, ambil kira tempoh
permohonan visa dan tarikh jangkaan siap untuk kutipan semula.
Ini kerana, proses permohonan atau tempoh masa yang
diperlukan oleh setiap negara untuk memproses visa pelancong adalah
berbeza-beza mengikut negara yang dikunjungi.
4. Bawa pakaian yang sesuai dan mencukupi.
Adakalanya kita ni tak ambil berat pun pasal
pakaian dan kasut yang nak dibawa.
Sebenarnya ini pun perlu diambil kira juga. Bawa pakaian yang sesuai dengan
cuaca dan keadaan. Paling mudah bawa pakaian yang selesa dan memudahkan kita
untuk bergerak ke sana sini. Sebabnya bila pergi travel, sudah tentu kita akan
banyak berjalan dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi nak
mudahkan pergerakan, pakailah pakaian yang simple dan selesa.
5. Bawa ubat-ubatan dan vitamin.
Jangan lupa untuk bawa vitamin dan ubat (bagi yang
menghadapi masalah kesihatan). Kadangkala kita terlupa benda yang kecil tapi
penting ni. Maklumlah, terlalu seronok nak pergi bercuti. Bila dah berada di
tempat orang, kemungkinan kita akan menghadapi sedikit masalah kesihatan. Jadi,
inilah perlunya vitamin dan ubat-ubatan tersebut.
5. Sediakan Wang yang Mencukupi
Sebelum ke luar negara, pastikan anda memaklumkan
kepada pihak bank atau pembekal kad kredit anda mengenai tempoh
keberadaan anda di luar negara. Ini kerana, pembekal kad kredit berkemungkinan
akan membekukan kad anda sekiranya mengesan sebarang transaksi asing tanpa
notis semasa anda berada di luar negara.
Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mengaktifkan
kad ATM anda untuk kegunaan luar negara sebagai persediaan sebelum bercuti. Ia
bagi membolehkan anda menggunakan sistem perbankan yang ada di luar negara
untuk proses pengeluaran wang tunai kelak.
Inilah serba sedikit tips yang dapat kak ja share
dengan korang. Semoga ianya bermanfaat untuk korang. Selamat bercuti.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment