Thursday, 7 March 2019

Tips Hamil Dan Set Subur Yang Sesuai


Semua pasangan yang dah berumahtangga, dah tentulah mahukan zuriat sendiri. Masing-masing dah rancang berapa orang anak yang mereka mahu. Berapa orang lelaki, berapa orang perempuan. Tapi, tak semua pasangan melaluinya dengan mudah.



Ada yang sebulan kahwin, dah disahkan hamil. Ada yang setahun kahwin, baru dikurniakan cahayamata. Malah, ada yang dah bertahun-tahun kahwin pun masih lagi belum dikurniakan rezeki anak.

Ini semua dah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Jangan lah mengeluh, jangan berputus asa. Kerana Dia lebih mengetahui bila masa yang sebaiknya untuk diberikan rezeki anak ni.

Kita sebagai hambaNya, kena lah terus berusaha, jangan berhenti berdoa. InsyaAllah, pasti ada REZEKI nya tu nanti. Janji Allah itu PASTI.

Namun begitu, kita perlu juga ambil berat dan ambil tau tentang kesihatan sendiri. Terutamanya orang perempuan. Kadang-kadang kita ni lambat hamil disebabkan masalah ketidaksuburan.

ANTARA PUNCA KETIDAKSUBURAN :
*Masalah hormon
*Masalah Sperma dan Ovum
*Masalah persekitaran rahim yang tidak bekerjasama
*Masalah kesihatan

So, entry kali ni kak ja nak kongsikan TIPS kesuburan untuk kaum wanita di luar sana.

1. Jaga pemakanan dan diet
Ini adalah ikhtiar cepat hamil yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Cukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Lebihkan makan buahan dan sayuran serta kurangkan gula, kafein dan makanan berlemak. Apabila badan sihat, fungsi-fungsi anggota kehamilan akan bertindak dengan baik.

2. Kawal berat badan




Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (overweight), mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang overweight ialah terdedah kepada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Selain itu, wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan mudah mengalami PCOS atau Endometriosis. Jika semasa mengandung mempunyai tekanan darah tinggi dan kencing manis banyak pula nanti komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau BMI anda kerana berat badan yang ideal adalah dengan mengukur BMI (normal).

3. Jangan stress
Kepada wanita yang berkerjaya, cuba elakkan stress. Stress ni salah satu punca hormon kita jadi tak stabil. Walaupun stress itu sudah jadi kebiasaan dalam bekerja, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Janganlah bawak balik sampai ke rumah.  Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk bersama?

4. Catat jadual period



Sekarang terdapat banyak aplikasi Android atau iOS untuk mencatat jadual period. Apps ni mempunyai fungsi untuk mengira waktu subur anda. Setiap kali datang waktu period, catatkan di dalam apps anda. Anda boleh merancang waktu untuk intercourse bersama suami apabila anda mengetahui waktu subur anda. Macam kak ja, kak ja install Apps FLO. Senang nak rekod bila datang period dan tahu waktu subur kita.

5. Lakukan hubungan intim sekerap mungkin sewaktu ovulasi
Waktu ovulasi adalah waktu yang paling penting untuk melakukan hubungan intim. Ovum hanya bertahan selama 1 hari sahaja dan jika tidak berjaya disenyawakan bersama sperma, ovum akan disingkirkan semasa period. Oleh sebab sperma mampu hidup selama 3 hari, cuba untuk rancang waktu hubungan intim yang sesuai dan lakukan sekerap mungkin.

6. Jumpa doktor pakar untuk check kesuburan
Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil ataupun sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan. Biasanya doktor akan melakukan health screening dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami pun kenalah buat checkup juga. Insha Allah, setiap usaha akan membawa hasil.

7. Berurut
Kalau sudah membuat rawatan moden, apa kata kita cuba rawatan tradisional pula. Cuba la berurut dengan pakar urut. Kadang-kadang, sukar hamil mungkin berpunca daripada rahim terlalu tinggi. Berurut boleh membantu sistem peranakan kita supaya teratur.

8. Ambil makanan dan minuman sunnah
Makanan dan minuman sunnah Rasulullah SAW juga merupakan antara cara ikhtiar untuk hamil. Contoh makanan sunnah adalah susu kambing, kurma, madu, dan buah delima. Makanan sunnah ini banyak khasiat yang diperlukan untuk badan kita. Kurma memberikan banyak tenaga dalam masa yang singkat selain mempunyai kandungan asid folid yang bagus untuk ibu mengandung.

9. Suplemen
Ya, ini juga membantu. Shaklee adalah supplemen yang membekalkan nutrien penting seperti vitamin yang diperlukan oleh badan. Semakin sihat badan, semakin senang nak hamil.

Apa yang kak ja boleh cadangkan ialah ambil SET KESUBURAN WANITA.

GLA Complex
Diamalkan oleh wanita yang haidnya tidak teratur. Gamma Linolenic Asid (GLA) ni dapat membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti atau dikenali sebagai 'egg white servical mucus'. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan memang sangat membantu sperma berenang terus ke uterus ke tiub fallopio dan seterusnya ke ovum ( telur ).
Cecair serviks yang sangat subur ini juga dapat membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita untuk membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur dan senggugut atau sakit yang melampau ketika haid ( Digalakkan makan Alfalfa bersama Kalsium ). Alfalfa Complex juga turut membantu dalam hubungan suami isteri kerana ia berfungsi seperti kacip fatimah.

Alfalfa juga dikaitkan dapat membantu dalam masalah PCOS iaitu Polycystic Ovarian Syndrome ( Masalah berkaitan ketidaksuburan wanita ) 


ESP-Energizing Soy Protein
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat dapat memudahkan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu penghasilan sel2 ovum dan sperma yang sihat juga penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.


B Complex  
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Dan akhir sekali

10. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT
Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah SWT. Amalkan doa untuk cepat mengandung dan sentiasa lah meminta kepada-Nya. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah SWT kerana Dia adalah Yang Maha Pencipta.

Jom ikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.

Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia





Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit



No comments:

Post a Comment