Saturday, 2 March 2019

Punca Rambut Gugur Dan Cara Merawat


Rambut adalah mahkota bagi wanita. Malah seseorang lelaki juga akan kelihatan lebih kacak jika mempunyai rambut yang hitam dan lebat.



Menurut doktor, keguguran rambut adalah perkara biasa yang selalu berlaku. Akan tetapi, bila jumlah rambut yang gugur setiap hari melebihi 100 - 120 helai, maka itu boleh mendatangkan petaka terhadap kesihatan rambut Anda.

Rambut yang terus gugur lama kelamaan boleh menyebabkan keguguran. Ketika anda botak, pasti kepercayaan diri akan menurun. Untuk itu, penting sekali menjaga kesihatan rambut dari luar maupun dalam. Langkah mudah untuk merawat rambut gugur adalah dengan mengambil makanan sihat serta melaksanakan pola hidup sihat setiap hari.


APA PUNCA RAMBUT GUGUR?

1. Pengaruh Pengambilan Makanan
Pengambilan pemakanan yang tidak memenuhi standard juga menjadi punca rambut gugur dan tipis. Sekiranya anda sedang menjalankan program diet, jangan sampai ia menyebabkan keguguran rambut. Tetapkan pengambilan makanan tinggi gizi seperti zinc yang dapat menguatkan akar rambut.

2. Kesan Kemoterapi
Terapi kemo biasa ditujukan untuk pesakit kanser. Ada kesan dari kemoterapi iaitu rambut mudah gugur dan bahkan hingga mengalami keguguran. Sesungguhnya kesan daripada kemoterapi ini tidak hanya memberi kesan pada rambut di kulit kepala, tetapi juga pada wajah dan tubuh. Rambut baru akan tumbuh setelah beberapa bulan berhenti menjalani kemoterapi.

3. Kesan Ubat-ubatan
Ubat yang anda ambil juga mampu memberi kesan terhadap kesihatan rambut. Sebagai contoh ubat yang memberi reaksi positif terhadap jerawat, kemurungan, serta rasa sakit, akan tetapi kesan yang tak baik untuk rambut dan kulit kepala. Laporan ini telah dikeluarkan oleh para saintis di University of Melbourne.


4. Tekanan 
Tekanan psikologi boleh menyebabkan tekanan dan kemurungan. Pada keadaan seperti ini biasanya pesakit akan mengalami penipisan rambut kepala tetapi tidak sampai menyebabkan keguguran. Elakkan tekanan psikologi dan fizikal dengan terus berfikir positif.

5. Melahirkan Anak
Adapun punca masalah rambut gugur yang pasti dialami kebanyakan perempuan adalah selepas menjalani proses bersalin. Biasanya rambut akan mengalami keguguran yang teruk pada masa enam bulan pertama selepas melahirkan anak. Masalah ini akan beransur pulih apabila kadar estrogen di dalam tubuhnya menjadi normal.

6. Kulit Kepala Tidak Sihat
Kulit kepala yang kotor dan tidak sihat, dengan mudah dijangkiti kuman. Kuman ini boleh juga hadir ketika kulit kepala dalam keadaan panas dan lembab, seperti ketika memakai topi atau menutup rambut. Oleh kerana itu, pastikan rambut dicuci dengan bersih selepas pemakaian.

7. Jarang Keramas
Rambut yang jarang dicuci akan berbau dan mudah gugur. Selain itu, jarang mencuci juga membuat rambut menjadi lembap dan berminyak. Keadaan rambut macam ini apabila terkena sinar matahari maka membuat rambut dalam keadaan berminyak sekaligus berpeluh. Peluh pada kulit kepala boleh diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan mengalami keguguran.

8. Hair Dryer
Sebaiknya elakkan pemakaian hair dryer (pengering rambut) setiap kali habis mandi. Alat ini akan memberi kesan rambut kering dan mudah patah. Sekaligus menyebabkan masalah rambut gugur.

9. Ikatan Rambut yang Terlalu Kuat


Rambut yang tidak memperoleh makanan seimbang boleh menjadi punca rambut gugur paling utama. Apabila akar rambut tidak cukup kuat, maka masalah remeh seperti mengikat rambut sedikit kuat sahaja boleh dengan mudah membuat rambut tertarik dan gugur.

10. Keturunan (Genetik)
Biasanya terjadi kepada kaum lelaki atau lebih dikenali sebagai androgenetik alopecia. Rambut menjadi nipis dan berbentuk M. Lama kelamaan rambut akan menjadi semakin nipis dan mula menjadi botak.

11. Radikal Bebas
Punca rambut gugur terakhir yang perlu anda ketahui adalah disebabkan radikal bebas. Radikal bebas merupakan bahan toksik yang menyebabkan terjadinya penuaan awal. Biasanya radikal bebas dihadirkan oleh pencemaran udara dan bahan-bahan kimia. Radikal bebas juga memberi kesan terhadap kulit kepala, dan selanjutnya membuat rambut menjadi gugur.

12. Pemilihan Shampoo Yang Salah
Pemilihan shampoo yang salah akan menyebabkan rambut anda mudah gugur. Ini mungkin disebabkan bahan-bahan yang terkandung dalam shampoo. Jadi pemilihan shampoo yang betul dan sesuai perlu dititikberatkan.

13. Ketidakseimbangan Hormon
Ketidakseimbangan hormon estrogen di kalangan kaum wanita juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.
Wanita yang menopaus juga kerap mengalami masalah keguguran rambut kerana hormon estrogen berkurangan.

14. Kekurangan Vitamin dan Zat Besi
Rambut yang kurang vitamin dan zat besi akan mudah dan cepat gugur. Zat besi sangat penting untuk peredaran oksigen ke folikel-folikel rambut. Kurangan protein akan menyebabkan akar rambut mudah rapuh manakala kekurangan zinc pula menyebabkan sel-sel rambut mudah rosak.

Jadi untuk menjaga dan
mengatasi masalah rambut gugur ini , boleh cuba ambil vitamin bagi lengkapkan keperluan rambut



·     Energizing Soy Protein
Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Ini kerana protein sangat penting dalam pembentukan dan penghasilan sel-sel baru dalam badan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat. 

·     B-complex
Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. B-complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamin B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. Kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 

·     Zinc Complex
Diet yang mengandungi kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Dan shampoo untuk mengatasi masalah rambut adalah Revitilizing Shampoo. Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.

Jom jaga dan rawat rambut sebelum terus BOTAK!



KESIHATAN MILIK KITA SEMUA.


Good Health Is Wealth


 Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia




Feiza Aziz

ID : 1004954
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment