Zaman
serba moden ni, dah banyak kemudahan atau keperluan semasa berpantang.
Mak-mak
dah tak perlu nak pening-pening kepala lagi.
Semuanya
di hujung jari je.
Klik
atau taip jelah. Keluar semua maklumat yang diperlukan.
Namun
begitu, perlu lah dititikberatkan keperluan berpantang ni.
Ada
yang berpendapat, tak perlu lah nak berpantang sangat. Setakat ala kadar cukup
lah.
Tapi
bagi kak ja, tempoh berpantang nilah perlu dijaga sebaiknya.
Masa
inilah ibu nak ‘berehat’ secukupnya. Maklumlah, kalau dah namanya ibu, memang
sentiasa tak menang tangan. 24 jam sentiasa ada je kerja yang nak dibuat.
Jadi,
semasa berpantang ini lah manfaatkan masa yang ada sebaik-baiknya. Jaga diri,
jaga anak yang baru dilahirkan. Badan kita ni pakai lama. Nanti umur baru 40,
dah sakit sana sini. Itulah, masa berpantang tak nak berpantang betul-betul.
Jangan nanti menyesal kemudian hari.
Apa
yang perlu diberikan perhatian sepanjang tempoh berpantang?
Umum
sedia tahu bahawa sesetengah ibu yang baru lepas bersalin kerap mengalami
tekanan jiwa dan kemurungan.
Ini
bukanlah disengajakan namun pergolakan hormon di dalam badan disamping tekanan
luaran dan dalaman membantu ke arah masalah tersebut.
Satu
cara yang disyorkan oleh orang tua-tua dahulu adalah dengan memberikan ibu
sokongan dan dorongan, terutamanya daripada insan terpenting dalam hidupnya,
iaitu suami.
Pada
masa yang sama, penjagaan yang baik perlu diberi bukan sekadar pada bayi tapi
juga pada si ibu.
Urutan
Tradisional
Part
ni memang kak ja suka sangat. Lebih-lebih lagi bila dapat mak bidan yang memang
sedap urutannya.
Dengan
urutan yang baik, mampu melancarkan aliran darah, mencuci dan menyingkirkan
darah, angin serta lendiran kotor dan melawaskan nifas daripada tersekat dan
tersumbat.
Tubuh
badan yang lesu, sendi dan otot yang letih juga dapat dilegakan dengan urutan
yang sesuai. Masa ni memang badan rasa lebih segar dan bertenaga.
Hubungan
Suami Isteri
Hubungan
seks antara suami isteri adalah tidak digalakkan dalam tempoh 6 minggu selepas
bersalin.
Si
ibu baru sahaja selesai melalui proses bersalin yang mana penuh menyakitkan dan
melemahkan, jadi untuk badan kembali sihat dan kuat dah tentulah memerlukan
masa.
Pada
masa sama, bahagian alat sulit juga memerlukan masa untuk sembuh apatah lagi
kepada si ibu yang memiliki luka eposiotomi.
Luka
eposiotomi ini adalah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi
memerlukan bukaan lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
Amat
digalakkan agar suami isteri mendapatkan kesefahaman dalam hal ini untuk
kebaikan keluarga sendiri.
Berbengkung
adalah normal untuk dilakukan oleh si ibu yang bersalin normal bagi mengelakkan
kemasukan angin sejuk di liang-liang perut di samping mendapatkan kembali
bentuk badan yang cantik.
Pada
masa sama, ia dapat memudahkan penyingkiran angin panas dan kotor melalui
ikatan barut yang sempurna dan ubat yang bersesuaian.
Bengkung
yang baik adalah yang memiliki diameter panjang menutupi dari paras bawah dada
hingga ke bawah pinggul.
Ini
dapat memberi sokongan yang kukuh kepada rahim ibu.
Ketika
dalam pantang, seeloknya pakai bengkung sepanjang masa dan ditanggalkan hanya
ketika mandi.
Makanan
Adalah
dilarang untuk makan ikan masin atau ikan kering kerana ia boleh menyebabkan
darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
Pada
masa sama, ia melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Digalakkan
untuk makan ikan yang segar dan mengelakkan ikan bawal hitam, terubuk, duri,
pari, sembilang serta parang yang mana berpotensi menyebabkan bisa dan bentan
pada pintu rahim.
Makanan
lain yang dilarang adalah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol; serta
makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain, yang mana berpotensi
menyebabkan kegatalan kulit dan menimbulkan reaksi alahan.
Ikan
yang disyorkan adalah haruan dan yu.
Ianya
dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran.
Ulam
tempatan seperti serai, lengkuas, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta
halia adalah amat disyorkan.
Dilarang
untuk makan sayur-sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, timun,
sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, daun keti, kacang panjang, petola,
labu, rebung, kacang botol, jeruk maman, petai, jering dan terung.
Elakkan
minuman bergas, sejuk dan tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta
buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik,
ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun,
pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin dan
binjai.
Ini
kerana ia boleh menyebabkan sakit tulang dan sejuk otot serta sendi lemah.
Suplemen
Ambil
suplemen untuk bantu proses penyembuhan luka bersalin dengan cepat.
Di
samping itu, pengambilan suplemen dapat membantu ibu lebih sihat dan bertenaga
dan memperbanyakkan lagi susu ibu.
Vitalea (Multivitamin)
· Pengambilan
vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu
kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.
· Mengelakkan
si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.
· Mengandungi
zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk
menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan
tidak bermaya.
B-Complex
· Mengelakkan
stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.
· Berfungsi
melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan
· Membekalkan
tenaga dan membantu keseimbangan hormon.
· Membantu
meningkatkan pembentukan sel darah merah.
· Menukarkan
makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari
kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.
· Memelihara
kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya
kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan
tanda regangan kulit – stretch marks.
Sustained
Release Vita C Plus
· Pengambilan
vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah
bersalin secara normal mahupun ceaserian.
· Vitamin
ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.
· Bertindak
merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
· Selain
itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi,
mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.
Zinc
Complex
· Membantu
membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan
penyembuhan luka tersebut.
· Membantu
proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur
selepas bersalin.
· Zink
juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan
dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.
Ostematrix
· Membantu
atasi masalah sembelit.
· Membantu mengatasi
kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang
berpantang.
· Membekalkan
keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu
dengan lebih cepat dan banyak.
· Berupaya
menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.
Energizing
Soy Protein
Pengambilan
ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan
sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga
kepada ibu berpantang.
Alfalfa
· Raja
segala tumbuhan
· Membantu
meningkatkan imunisasi
· Mengandungi
kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
· Bagi
ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.
Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.
Berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee? Jangan segan untuk hubungi kak ja.
Daftar ahli untuk dapatkan penjimatan harga
sehingga 20%.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment