Dulunya
muka macam pecah rumah (katanya). Tak boleh makan terung sebab boleh akibatkan
kulit muka jadi lebih teruk.
Tapi,
lepas mencuba produk Youth, Alhamdulillah…segala-galanya berubah. Jom baca
pengalaman Che Yan yang happy bila kulit muka kembali flawless.
MUKA PECAH RUMAH
Nama saya Nor Shahizan
Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4
insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
Bukan mudah berhadapan
dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak
bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari
dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
Musuh utama Che Yan
ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan
terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak
cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena
dalam kuah dal atau gulai.
Tak perlu seketul
terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih.
Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi
bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata"
kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang
jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.
Dalam kes Che Yan
bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai
sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan
parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan.
Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam
yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan.
Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake"
sangat.
Sebelum kenal Shaklee
kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan
penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan
seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti
cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana
kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.
Selepas konsisten
vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah
bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak
sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.
Penemuan terbaru
Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan
"on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk
gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan
tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka
pecah rumah lagi lepas ni".
Terung Che Yan boleh
ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat
"trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan
yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh
sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.
Fuhhh ujian sangat
kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut
dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika
tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan
roboh.
Bulan 3 #YOUTH
dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan
percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari
drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk
bertaraf antarabangsa.
Selalunya Che Yan dapat
info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung
dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
#YOUTH datang dengan
khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan
apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga
menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow,
"Vivix luar dalam".
Bukan mudah juga nak
menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold
out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya.
Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak
pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah
rutin #YOUTH Che Yan.
Che Yan bermula dengan
menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full
set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che
Yan amalkan #RADIANT5.
Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam
masa seminggu.
Memang kesannya sangat
booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin
set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada
apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
Disini Che Yan
kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.
Che Yan boleh katakan
#YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.
There is so many good
and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang produk Shaklee dan set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment