Assalamualaikum.
Pernah tak
korang cuba mengurangkan berat badan tetapi gagal?
Pernah tak dah
berkali-kali diet tapi berat badan tak jugak turun?
Adakah mungkin cara
yang anda lakukan itu salah?
Harini kak ja
nak share dengan korang semua beberapa perkara yang mungkin menyebabkan usaha
korang untuk turunkan berat badan GAGAL.
Mengambil Makanan Tiruan
Tak dapat
dinafikan, produk mengurangkan berat badan seperti minuman shakes dan berprotein mudah didapati. Tetapi, ia tak mampu membantu
mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang. Terdapat pilihan makanan
yang lebih mengenyangkan dan menyihatkan serta rendah kalori yang boleh
diambil. Sebagai contoh Energizing Soy Protein dan Cinch Shake Mix.
Berjaga Waktu Malam
Individu yang
nak kurangkan berat badan perlu mempunyai tidur yang cukup. Kurang tidur dari 5
atau 6 jam boleh memperlahankan metabolism badan dan menyebabkan perubahan hormone
yang boleh memberi kesan pada usaha mengurangkan berat badan. Kurang tidur
boleh menyebabkan rasa letih. Rasa letih boleh juga menjadikan korang makan
lebih banyak.
Terlalu Banyak Bersenam
Ramai yang salah
anggap, bila banyak bersenam boleh turun berat badan dengan cepat. Bersenam
memang penting. Tapi, kalau asyik focus pada senaman boleh sebabkan rasa kecewa
jika berat badan tak turun. Hakikatnya, 80% masa dan tenaga berdiet perlu
difokuskan pada nutrisi, dan 20% pada senaman.
Makan Terlalu Awal
Kebanyakan dari
kita makan malam antara pukul 6 petang dan berjaga sampai pukul 11 malam ataupun
tengah malam. Secara semulajadi, tubuh akan meminta makanan untuk menambah
tenaga. Itu sebab mereka yang berjaga malam mulutnya sering mengunyah. Sepatutnya,
makan 70% kalori sebelum waktu makan malam dan 30% peratus kalori pada waktu
makan malam.
Kurang Minum Air
Menggantikan air
kosong untuk minuman bergula dan jus buah-buahan boleh member perubahan besar
dalam pengiraan kalori setiap hari. Minum air kosong secukupnya bantu mengawal
selera makan.
Tidak Bersarapan
Ada yang
mengganggap tak perlu ambil sarapan pagi sebab takut gemuk. Sebenarnya, mereka
yang bersarapan lebih cenderung memiliki berat badan yang lebih sihat. Korang
boleh je ambil sarapan pagi yang mudah seperti bijirin penuh kerana ia adalah
antara pilihan sarapan terbaik untuk individu yang berdiet.
Dan bagi mereka
yang ingin menurunkan berat badan, Shaklee turut menyediakan set yang sesuai
untuk korang. So, jangan segan silu contact kak ja ye.
Hubungi kak ja untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment