Buasir atau
hemoroid adalah disebabkan pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di
sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir
terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum,
menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol.
Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-jenis
buasir
1. Buasir
dalaman
Lazimnya,
buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam
rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari
laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir
yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda
akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di
mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan,
kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan
atau kanser kolorektum.
2. Buasir
luaran
Buasir
jenis inilah yang biasa kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit,
pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan
terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa
amat sakit.
Gejala-gejala
beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan
perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan
terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.
Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang
lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Sebab
Berlakunya Buasir
·
Meneran dengan kuat (ketika membuang
najis keras atau sembelit)
·
Sentiasa duduk atau jarang melakukan
senaman " Kegel Exercise"
·
Duduk mencangkung di dalam tandas
terlalu lama
·
Batuk yang teruk atau kuat dan
kerap berlaku
·
Cirit-birit yang teruk, kerap dan
berpanjangan
·
Mengangkat berat secara berlebihan dan
berpanjangan (Posisi mengangkang)
·
Kurang mengambil sayuran - sayuran dan
buah - buahan di dalam pemakanan seharian sebagai pelawas
·
Kurang minum air (sekurang-kurangnya 3
liter/hari)
·
Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok
sehari)
·
Bersalin normal yang tidak teratur
·
Pengamalan seks melalui dubur oleh
golongan heteroseksual dan homoseksual - Kes jarang berlaku
Tanda-tanda
dan Gejala-gejala
·
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan
boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
·
Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
·
Pendarahan, titisan darah merah cerah
terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan
sakit.
·
Rasa kurang selesa ketika duduk dan
berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi.
·
Pucat, tekanan darah rendah
(Hypotension), lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening dan boleh
jatuh pengsan atau pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan.
PETUA
MENGHILANGKAN BUASIR
1.
UBAH CORAK PEMAKANAN
Ini
yang paling utama. Ubah corak pemakanan. Ambil makanan yang tinggi serat
seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Lembut dengan
kandungan air yang banyak, anda tidak akan alami lagi masalah najis keras
sehingga menyebabkan sembelit.
2.
MINUM AIR DENGAN KERAP
Cairan
dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit.
3.
JANGAN BERDIRI ATAU DUDUK TERLALU LAMA
Ini
kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri
agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua
otot badan dapat meregang dengan sihat.
4.
JANGAN MENERAN DENGAN KUAT
Ingat,
elak meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di
kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.
5.
JANGAN TAHAN BERAK
Jika
terasa ada keinginan untuk membuang air besar, jangan tahan atau
melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk
dikeluarkan.
6.
JANGAN LENGAH MENDAPATKAN RAWATAN
Ini
kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota
badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.
7.
PENGAMBILAN SUPLEMEN
Pengambilan
suplemen secara konsisten juga dapat membantu mengurangkan gejala buasir.
Semoga
info yang ada ni sedikit sebanyak membantu mereka yang mengalami masalah buasir
dan mengelakkan berlakunya buasir.
Salam
kasih sayang,
Feiza Aziz
Pengedar
Shaklee Anda