Bila sebut set menyusu Shaklee, kebanyakan daripada kita
pasti pernah dengar atau baca mengenainya. Dengan bantuan uncle Google,
pelbagai info tentang set menyusu ni yang boleh kita dapat.
Set menyusu Shaklee diambil oleh ramai ibu-ibu menyusu
seluruh malaysia bagi membantu kami menjayakan misi penyusuan susu ibu.
Bagaimana set ini membantu ibu-ibu menyusu?
Kak Ja akan terangkan satu persatu set- set menyusu mengikut
bajet dan keperluan ibu.
Set menyusu Shaklee terdiri daripada Vitalea, B Complex,
Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Set Menyusu Dan Harganya.
Fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut:
Energizing Soy Protein (ESP)
ESP ni protein. Kalau tengok carta piramid makananan,
protein boleh didapati dari sumber tenusu atau daging dan makanan
laut. Tapi cara kita memasak selalunya telah memusnahkan protein dalam
makanan tersebut. Protein akan termusnah pada suhu melebihi 37 darjah celcius. Kalau
minum ESP, nanti kita akan nampak susu badan menjadi lebih pekat. Bayi yang
minum susu ibu pula akan kenyang lebih lama. Protein ESP membantu
pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik di samping memberi tenaga kepada ibu.
Bonus buat ibu menyusu, kulit akan menjadi cerah dan gebu, parut2 memudar dan
sebarang luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP. ESP ni memang
terkenal sebagai ejen yang membantu menambah dan memekatkan susu ibu di samping
menjadikan ibu menyusu berasa kenyang.
Alfalfa
Alfalfa tergolong dalam kalangan galactagogue yakni herba
yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan (milk booster). Selain alfalfa,
halba dan adas juga tergolong sebagai galactogogue dan menjadi bahan dalam teh
penambah susu badan yang terdapat di pasaran. Selain itu, alfalfa juga memberi
tenaga kepada ibu.
Ostematrix
Ostematrix ni sebenarnya kalsium magnesium dan Vitamin D.
Masa hamil, baby perlukan bekalan kalsium yang banyak untuk membentuk tulang.
Jika ibu tak ambil kalsium yang cukup, kalsium dari tubuh ibu yakni dari tulang
dan gigi akan diserap bagi membekalkan kalsium yang cukup kepada bayi. Begitu
juga ibu menyusu. Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu yang kaya
dengan kalsium dan zat lain. Oleh itu, ibu wajar ambil kalsium yang secukupnya
untuk mengelak masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang akibat
kalsium yang telah diserap. Kita berkobar-kobar nak beri yang terbaik untuk
anak tapi tak naklah sampai rosakkan badan sendiri pula. Keluarga kita
memerlukan seorang ibu dan isteri yang sihat untuk kesejahteraan kan? Pastikan
Kalsium kita mencukupi ye.
Selain tu, kekurangan kalsium memberi kesan semasa PMS (Pra
Menstrual Syndrome). Masa nak dekat datang bulan, susu akan menjadi kurang
dengan tiba- tiba. Sebenarnya, masa ni kalsium dalam tubuh jadi kurang. Untuk
elak masalah ni, ibu digalakkan ambil bekalan kalsium yang mencukupi. Kalsium
juga elok dalam menangani masalah “period pain” iaitu kekejangan dan sakit di
bahagian rahim semasa datang bulan.
Dan pengambilan ostematrix ni jugak bantu ibu2 dari
mengalami masalah sembelit.
Vitalea, B Complex dan Vitamin C merupakan vitamin asas yang
ada dalam apa juga set yang ditawarkan. Ianya merupakan gabungan vitamin yang
bertindak seperti berikut:
Vitamin B Complex
B Complex berfungsi membantu ibu mengawal tekanan. Salah
satu faktor mempengaruhi kuantiti susu ibu ialah emosi ibu sendiri. Ibu yang
stress menyebabkan susu merudum manakala emosi gembira membuatkan susu lebih
banyak terhasil. Nak bonus lagi? B is for beauty. Vitamin B Complex mengandungi
unsur yang mempengaruhi warna kulit, memberikan tona kulit yang sekata buat
ibu.
Vitamin C
Berfungsi meningkatkan imunisasi tubuh dengan membantu
penghasilan antibodi. Kesihatan ibu amat penting. Jika ibu demam atau sakit,
susu akan merudum. Di samping itu, khasiat vitamin C ini juga disalurkan
menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang
dijangkiti penyakit. Ini diakui oleh ramai ibu menyusu yang mengambil vitamin C
Vitalea.
Merupakan multivitamin yang mengisi ruang2 kosong nutrisi
yang diperoleh dari sumber makanan. Kajian menunjukkan individu yang konsistem
mengambil vitalea sukar dijangkiti penyakit dalam setahun. Uniknya Vitalea,
ianya diengkapi dengan Iron, supplemen yang membantu dalam penghasilan
hemglobin darah dan mengelak masalah anemia.
Benarkah Set
Menyusu Shaklee Boleh Tambah Susu Badan?
Konsep asas untuk tambah susu ibu ialah penawaran dan
permintaan. Semakin kerap susu dikeluarkan, semakin banyak susu akan terhasil.
Dalam erti kata lain, semakin kerap bayi menyusu atau makin kerap susu di pam
keluar, penghasilannya akan menjadi semakin banyak. Ini kerana, bila susu
dikeluarkan dengan kerap, signal akan dihantar ke otak mengatakan susu tidak
cukup. Oleh itu, otak akan mengarahkan kilang yang menghasilkan susu untuk
mengeluarkan susu dengan lebih banyak. Harus diingat bahawa otak merupakan pusat
kawalan tubuh kita. Jadi, bagaimana set menyusu Shaklee boleh membantu tambah
susu badan?
Faktor- faktor berikut mempengaruhi jumlah susu ibu yang
dihasilkan
1. Kekerapan susu dipam keluar/ bayi disusukan
2. Kestabilan hormon ibu
3. Kestabilan emosi ibu
4. Taraf kesihatan ibu
5. Pengambilan pil perancang atau ubat tertentu
Bagi
ibu yang ada masalah SLE atau bayi yang ada prolonged jaundice, pengambilan
alfalfa adalah tidak digalakkan.
Hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Pengedar
sah Shaklee kawasan Port Dickson, Seremban, Senawang dan Seluruh Malaysia
Feiza Aziz
ID : 1004954
Fb : Nuur Feiza Naquieb
Fb Page : Nutrisi Terbaik
Call/SMS/Whatsapp/Telegram : 019-617 5288
COD : Port Dickson,Seremban,Senawang
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.