Berniaga Online sememangnya menjadi kegilaan @ trend masa kini. Dan jika anda menceburi bidang ini, pastinya ada cabaran dan persaingan yang kadangkala boleh buat diri kita rasa tergugat atau rasa seolah-olah tidak mahu meneruskan biz tersebut lagi.
Bagi anda yang sedang menjalankan atau baru ingin berjinak2 dalam biz Online ni, saya kongsikan di sini beberapa tip untuk anda agar mampu bertahan dan kekal success dalam biz online anda.
TIP 1 : KUMPUL DATABASE PROSPEK
Prospek
ialah mereka yang mempunyai potensi untuk menjadi bakal pembeli produk anda
samada produk lama atau produk baru yang bakal anda lancarkan.
Sebagai
contoh, untuk mengumpul ramai prospek, anda boleh menawarkan pemberian percuma
kepada para pelawat laman web jualan anda. Jika anda menjual produk ubat kurus,
anda boleh menawarkan laporan atau promosi semasa secara percuma kepada prospek
melalui nama dan email yang mereka tinggalkan.
Lebih
ramai prospek yang anda berjaya kumpul, lebih besar ruang untuk berlaku
pembelian. Jika ditanya kepada usahawan-usahawan internet yang berjaya, mereka
selalunya mempunyai lebih dari 20,000 senarai database di dalam mailing list
mereka.
TIP 2 : MENDAHULUKAN PERKONGSIAN
Penjual
yang bijak tidak akan terus menerpa seseorang dan terus menawarkan kepada orang
tersebut produk-produk jualan mereka. Kebiasannya mereka akan memulakan
perbualan terlebih dahulu atau bertanya beberapa perkara kepada pelanggan.
Anda
digalakkan untuk menghantar email atau sms berbentuk informasi dan tip secara
percuma terlebih dahulu. Ia bertujuan
untuk membina perhubungan dan kepercayaan antara prospek dengan anda.
TIP 3 : FOKUS UNTUK MEMBANTU
Apa
sekalipun tujuan anda membina empayar perniagaan internet, usahakan mempunyai
niat untuk membantu orang ramai. Jika anda hanya melihat tujuan utama adalah
untuk mengaut keuntungan, maka ia tidak akan berpanjangan.
TIP 4 : MEMBINA JARINGAN NETWORK
Ini
adalah tip yang terpenting jika mahu perniagaan anda terus kekal lama. Cuba
jalinkan kerjasama dengan mereka yang sudah berpengalaman dan mempunyai tapak
yang kukuh dalam perniagaan online. Dengan mengadakan ikatan networking dengan
mereka seperti ini, anda mampi menaikkan bisnes anda ke peringkat yang lebih
tinggi.
TIP 5 : SENTIASA TAMBAH ILMU
Teknik
pemasaran yang 2.. 3.. tahun lalu yang sangat berkesan, kini mungkin tidak lagi
efektif. Jika dulu untuk mendapatkan kedudukan TOP 10 di Google adalah sangat
mudah. Tetapi hari ini dengan kewujudan beribu-ribu pesaing, ia menjadi semakin
sukar. Macam tu juga dengan Facebook. Kalau dulu, dengan mengumpul beribu-ribu ‘LIKE’
pada fanpage, anda dah boleh dapat ribuan ringgit. Tapi, sekarang ni belum
tentu lagi.
Oleh
itu, adalah sangat penting untuk anda sentiasa kemas kini ilmu tentang produk
dan ilmu dalam menjalankan biz online.
TIP 6 : KEKALKAN MOMENTUM
MOTIVASI
Ada
masanya motivasi akan kekal menegak dan adakalanya akan merudum. Jika motivasi
dah mula tenggelam timbul, cari sedikit kelainan dengan berehat, membaca buku,
melakukan hobi dan menikmati percutian. Tapi ingat, jangan berehat terlalu lama
(lebih dari 3 hari), takut nanti hilang terus motivasi diri.
Setelah
segalanya pulih, teruskan berusaha untuk memastikan kejayaan menjadi milik anda
TIP 7 : BEKERJA SEPENUH JIWA
Apabila
bekerja dengan sepenuh jiwa raga, anda tidak akan berkira dengan jumlah jam
kerja. Jadikan pejabat di rumah sebagai satu tempat terapi minda yang
menyeronokkan. Apabila anda rasa seronok di tempat kerja, secara tidak langsung
ada mampu focus dan kekal konsisten bekerja.
TIP 8 : SOKONGAN & KRITIKAN
KEKALKAN MOTIVASI
Jangan
mudah marah atau kecil hati apabila mendapat kritikan atau teguran yang
adakalanya tidak munasabah. Cuba buat analisa kepada setiap kritikan yang
diterima. Lakukan perubahan jika terima kritikan yang bernas. Jangan sesekali
patah semangat apabila menerima teguran yang menyakitkan hati.
Semoga
tip-tip di atas dapat membantu kita semua untuk lebih success dalam perniagaan
kita.
Selamat
beramal!